Wednesday, May 13, 2009

Cinta dan Kehidupan

Everyone has a fairy tale specifically a love story. I read this one blog early morning. A girl, still young, fresh graduated, married and I would say she's a creative person according to her blog layout. Anyway, she has a sweet love story that she likes to share with the readers. The story is long but it urge me to know how she started the relationship and end up with married to her beloved husband. For me she's very lucky girl. Berjumpa dengan lelaki yang hanya dikenali melalui blog dan berutusan melalui email. Bercinta tidak terlalu lama. Barangkali keikhlasan si jejaka yang bertemu dengan keluarganya buat pertama kali menggerakkan hatinya untuk terus berkawan. Jodoh menyatukan mereka walau pertemuan yang singkat. Itulah keajaiban cinta dan kekuasaan ALLAH. Ada orang jodohnya cepat dan mudah. Adah orang jodohnya lambat tetapi mudah. Ada juga yang lambat dan susah pula jodohnya. Sebab itu saya kata setiap orang ada ceritera cinta tersendiri. Apa yang datang itu ada kalanya kita tak rancang dan tak meminta. Kita tak tahu siapa yang tertulis menjadi pasangan kita. Tapi itulah rahsia ALLAH. Pernah dengar jodoh itu rahsia ALLAH? Dalam filem AAC ada kan..Kata orang jodoh itu perlu dicari. Yang itu saya tak nak komen lebih-lebih. Hahaha. Apa pun buat mereka yang masih sendirian, jangan risau ..jika jodoh anda belum tiba... mungkin ALLAH mahu beri anda yang terbaik...Kita tak sedar apa yang tersirat itu sebenarnya sangat manis dan indah buat kita. Yang penting sentiasa berfikiran positif, usaha, doa dan tawakal. Insya ALLAH, kalian akan bertemu kebahagian itu.
p:s/ macam la yang menulis ni dah berkahwin...hihi

Hari ini kerja saya membaca dan menulis. Namun tidak sepenuh hati. Sejak akhir ni saya bangun pagi dengan hati yang berat. Kata orang tak ada jiwa. Kenapa semangat saya hilang? Aduhai..saya perlu lebih bersemangat sebab nak habiskan sarjana ni tepat pada masa. Kenapa perlu nak habiskan cepat? Sebab saya nak menyempurnakan to do list saya selepas ijazah sarjana. Saya tak mahu terlewat dalam mengejar impian. Umur pun sudah 26. Masih ada cita-cita yang perlu saya kejar. Cerita seorang teman petang tadi, perjalanan hidup kita ni singkat. Tak semua benda yang kita nak mampu kita lakukan. Jadi terpaksalah buang yang mana patut. Bagi saya, kata-kata itu ada benarnya. Tapi selagi kita bergelar manusia dan hamba pada ALLAH, kita ada Dia Yang Maha Mendengar. Kita ada Dia yang menjadikan kita berjaya dalam apa jua hal. Saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar cita-cita. Tapi memandangkan umur begini, saya harus bekerja lebih kuat dan gigih. Apatah lagi saya kakak kepada 4 orang adik. Jadi saya harus menjadi role model yang terbaik untuk adik2 walaupun saya dilangkah bendul. Apakah? Hihi.
Setiap pagi selepas solat Subuh saya mencari kekuatan dalam diri. Cuba memujuk hati supaya positif dalam kehidupan. Biasalah, ada kalanya kita tak tahan dengan keadaan sekeliling. Namun anggaplah sebagai dugaan dari Dia. Saya selalu bercita-cita untuk ke sana seperti orang lain...yang bertahun-tahun di rantau orang menuntut ilmu. Dulu semasa di MRSM peluang untuk ke sana memang terbuka. Tapi saya tak pandai nak rebut peluang itu. Belajar masa SPM tak excellent macam orang lain. Disebabkan kisah lampau..hari ini saya berazam untuk mencapai kembali impian itu. Kerana kisah semalam...saya bangun kembali demi impian sendiri.


3 comments:

  1. http://www.flickr.com/photos/hafriz/

    ReplyDelete
  2. weh? apsal aku punye komen jadi link flick plak ni? aku type psl lain, kuar lain pulak.

    ReplyDelete
  3. tu la dayah..aku pun da jadi heran..ingtkan ko nak kasi link flickr ko..hehe

    ReplyDelete