Kampung
Hujan turun dilebat di luar. Bangi hujan ke sekarang? Oh , ya saya masih di kampung. Esok pagi baru bertolak pulang ke Bangi. Kemudian terus masuk lab. Wah, dedikasinya. Tak penat ke? Dah biasa macam ni. Balik rumah barulah rasa letih. Hari ini di kampung satu hari hujan. Sekali telekung dan bajubaju kurung yang belum dicuci punyalah banyak. haish! Patutlah semalam panas terik tak ingat. Hari ni nak hujan lebat rupanya. Tapi mujur sempat kering segala yang dibasuh. Matahari adalah naik dalam tempoh beberapa jam yang cukup mengeringkan pakaian hari ni. Balik kampung mestilah seronok. Tapi kali ini ada sedikit konflik. Entahlah, malas nak fikir. Nanti lama-lama selesailah, walaupun ada terselit rasa bersalah.
Impian
Saya teringin memilik sebuah novel karya sendiri. Tapi bilalah impian itu nak jadi kenyataan. Semua jalan cerita yang saya buat mesti sekerat jalan. Ada kalanya mood menulis ni melampau-lampau. Kita dah terbayang dalam fikiran jalan cerita yang kita nak tulis. Bila muncul vitamin M segala susunan ayat pun jadi kacau bilau dan idea bernas pun tak berapa nak muncul. Selain menghasilkan manuskrip untuk penulisan saintifik, saya juga nak menghasilkan manuskrip untuk penulisan novel. Wah, Insya ALLAH saya harap impian ini akan jadi kenyataan. Apa yang penting? Kerjasama? Hello, ini bukan kartun Wonderpet. Apa yang penting?? Disiplin.
Studi & Research
Pulang lambat hari Khamis. Kalau ikutkan petang Khamis tu saya dah cabut dari lab kemudian balik ke kampung. Tapi semata-mata kerana report saya siapkan. Harap SV akan semak dan dapat diskus minggu depan. Bulan May ini juga saya nak hantar 2 bab tesis. Bimbangnya saya...saya nak habiskan research ini dengan kadar yang segera tetapi berkualiti. 1. untuk pergi Kolokium. 2. ke persidangan Singapore ke..miahhahahha..moga impian jadi kenyataan. Saya belum pernah pergi persidangan lagi. Maka, haruslah bersiap sedia dengan segala results yang ada untuk dibentangkan.
wei! ko tuko url blog. tak kabo punnn.
ReplyDelete