Saturday, June 27, 2009

Cerita Kolokium Lagi

Hari Sabtu bersiaran dari kampung. Sendirian, yang lain semua pergi Puncak Alam. Tinggal aku dengan Kentoi. Huhu. Sedihkan. Pergi Puncak Alam sebab adik aku mendaftar masuk. Well, best of luck for her. Lepas ni gayanya menjelajah ke Shah Alam la pula.

Ini gambar masa presentation aku di hari kolokium. Sepatutnya aku jadi orang terakhir. Tapi disebabkan ada masalah teknikal oleh orang di hadapan maka aku jadi orang 2nd last. Nampak ke tajuk research aku? Ha, tu lah kajian yang aku jalankan hampir setahun setengah ni. Style presentation aku biasa saja. Tak adalah gempak sangat. Point aku ialah nak bagi orang faham tentang bioinformatik dan faham kajian aku. Alhamdullilah, panel pun ok. Dan soalan pun aku boleh jawab dengan baik. Tak tahulah kalau mereka tak faham jadi tanya sikit je kan soalan. Lepas habis presentation, SV sms. Aku cerita lebih kurang, tak details sebab aku tak suka type panjang2 dalam sms. Nama pun 'sms' kan. Yang pastinya aku puas hati dengan presentation aku. Plus my SV kata slide aku bagus. Rasa berkobar masa dapat sms tu. Apa pun aku cuba yang terbaik untuk jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Hahaha.


Ini masa dinner kolokium. Tak ramai yang datang. Lecturer pun sama. Tapi malam ni sakan aku tengok Prof -prof karoke. Tunjuk bakat terpendam. Suara boleh tahan. Makan bolehlah. Aku dan kawan-kawan pun datang memenuhi jemputan. Sedikit sebanyak dengar ucapan membina dari prof-prof untuk kejayaan dalam research.

Banyak yang aku belajar dari kolokium ni. Belajar untuk jadi yang terbaik dan sambil tu belajar sesuatu yang baru. Misalnya belajar la tentang kajian orang lain. Kenal-kenal dengan pembentang yang lain. Tapi sebab pembentangan ikut pusat pengajian, jadi taklah bercampur dengan budak fizik atau kimia. Kira sebenarnya pusing-pusing jumpa orang tu juga. Cuma kita tahulah, dia ni buat projek apa. Dia ni buat kajian pasal apa. Benda tu kan ilmu.

Masuk U*KM ni gunakan bahasa kebangsaan. Dah sah-sah banyak kesalahan tatabahasa dan pembinaan ayat untuk bekas produk UM macam aku ni. Kata sendi dari-daripada. Fuh, memang kena tegur. SV banyak betulkan slide aku dari segi kesalahan bahasa bukannya kesalahan maklumat. Apa pun aku terima dengan hati yang terbuka. Sebab kita masih dalam proses pembelajaran.

Masuk lab hari Jumaat. Aku cari jurnal lagi untuk mantapkan kajian dan nak menulis tesis Bab 3. Harap semuanya dipermudahkan sebab aku dah set time sampai hujung bulan 12. Insya ALLAH, kita cuba yang terbaik dan sehabis boleh. Amin.




No comments:

Post a Comment