Bab 1: Satu Tanggungjawab.
Mia tanggalkan lab coat yang disarung pada badannya. Kemudian dia perhati dari atas sampai ke hujung lab coat miliknya yang sudah kusam. Warna putih sudah berganti warna kuning. Aduh, sudah berapa lama Mia tak basuh lab coat ni? Hampir setiap hari dia pakai semasa bekerja di dalam makmal. Bau? Mujurlah tak ada bau sangat sebab bau bahan kimia dalam makmal sudah cukup kuat mengatasi bau lain. Tiba-tiba hari ini Mia rasa mahu lab coat yang baru. Lab coat yang hampir setahun setengah usianya sudah lusuh benar. Apatah lagi Mia ni perempuan. Malu benar dikata orang tak pandai nak jaga kot makmal.
Akhirnya dia melipat lab coat yang kusam itu dan disimpan dalam. Seingat Mia dia masih menyimpan sehelai lagi lab coat dalam almari. Lab coat sewaktu dia Matrikulasi di Kuala Pilah dulu. Wah, lama sungguh dia menyimpan pakaian makmal ini. Sentimental juga Mia ni.
Sementara menunggu 'gel running' Mia duduk menghadap internet mencari jurnal-jurnal yang diperlukan. Setiap hari masuk makmal bukan dengan otak kosong. Setiap hari mesti ada kaedah eksperimen untuk dijalankan. Lalu jurnal dan artikel saintifik memang dah jadi 'makanan' yang perlu Mia hadam setiap hari sebagai input untuk penyelidikannya. Kalau hari ini masuk lab, keja-kejap itu juga baru nak cari kaedah eksperimen, jawabnya sampai ke malam pun kerja tak siap. Tambah lagi itu bukan disiplin kerja yang bagus.
"Kak, hari ni balik lambat?" tanya Faizal yang berada di tepinya.
"Taklah lambat. Sebelum pukul 6 Kak Mia balik. Faizal dengan Keri dan balik cepat ke?" Tanya Mia.
"Tak juga. Kami tunggu Kak Mia pun boleh juga."
"Ala, kalau korang berdua nak balik dulu pun Kak Mia tak kisah. Nanti kunci makmal Kak Mia hantar ke rumah korang."
"Balik awal pun tak ada apa nak buat di rumah. Duduk lab lagi seronok. Kerja pun cepat siap."
"Alah, pergilah dating."
"Macam mana nak dating, Kak. Girlfriend pun tak ada. Betul tak Keri? " Keri yang sedang buat eksperimen cuma angguk-angguk saja.
"Isk, isk, macam manalah korang tak ada girlfriend kalau hujung minggu pun datang lab. Cuba cuti macam ni keluar jalan-jalan cari girlfriend." Cadang aku sambil ketawa.
"Kak Mia ni kalau tak kenakan saya memang tak sah. Sampai hati Kak Mia kenakan kita Keri." lirih suara Faizal. Aku ketawa lagi.
"Kak Mia gurau je. Tapi betullah. Cuba luaskan pandangan sikit. Terperuk dalam lab pun tak jumpa siapa. Balik-balik menghadap mikrob-mikrob ni, SDS, kit-kit. Manalah nak jumpa pilihan hati."
"Nak buat macam mana Kak, dah takdir." Sampuk Keri yang dari tadi tekun menjalankan eksperimen. Sambil itu earphone terlekat di telinga. Entah lagu apa yang dia dengar.
"Melalut dah kita ni. Ni ha, saya nak tanya sebenarnya. Kak Mia dah hantar progress report pada Dr Ilham? Minggu lepas dia hantar email ingatkan kita pasal hantar report."
Aku berfikir sebentar cuba mengingat email kiriman Dr Ilham selaku penyelia projek ku.
"Ada. Nasib baik Faizal ingatkan. Lupa pula Kak Mia. Esoklah hantar. Keputusan semua dah ada. Tinggal nak buat dalam bentuk laporan je."
"Seronoklah Kak. Dah ada results. Saya punya tak lengkap lagi."
"Hantar je mana yang patut. Janji ada progress. Nanti tak hantar progress report, gaji pun tak jalan. Kita juga yang parah."
Faizal diam seketika. Kemudian dia angguk-angguk.
"Gayanya hari ni kena balik lambat siapkan eksperimen sampai dapat results. Ok lah Kak Mia. Saya nak sambung kerja. Nanti nak balik bagi tahulah saya." Pesan Faizal dan terus berlalu dari mejaku.
Kusut sebentar fikiran bila teringat tentang laporan kemajuan. Boleh pula Mia terlupa dengan arahan Dr Ilham. Nampaknya dia perlu makan kismis selalu supaya mindanya sentiasa cerdas.
p/s: Ini bab 1 bagi e-novel Putih Mia Merah Maya. Tunggukan kisah seterusnya ya!

No comments:
Post a Comment