Thursday, July 23, 2009

Kenangan

Hari ni pepagi lagi dah rasa mengantuk. Toing! Toing!. Adoila. Macam mana kerja nak siap. Sepanjang minggu ni around 2 pm mata dah macam mata panda. Lelap kejap. Semua gara-gara aku tahan diri dari ambil kafein. Praktis sebelum puasa. Nanti bulan puasa pagi-pagi dah tak boleh ambik kafein. Lepas tu mulalah jadi kangkung layu tak bersiram.

Petang sikit..my SV minta tolong ambil anak dia di sekolah. Aku ok je. Dah selalu hantar-ambil adik-sepupu dari sekolah. Aku tak merasa nak berhantar berambil dari sekolah sebabnya masa sekolah rendah aku dan mak satu sekolah. Jadi hari-hari memang pergi sekolah dengan mak. Bila masuk sekolah menengah duduk asrama. Pergi kelas jalan kaki. Jadi memang tak ada nak tunggu bas, tunggu mak ayah. Kecuali tunggu bas nak balik kampung. Itu je la pengalamannya.

Esok dah Jumaat. Hoho. Time is running so fast. Sabtu pun cuti. Masa cuti ni la nak balas dendam bangun lewat. Tapi tak adalah lewat sangat. Around 9 mata aku da tak boleh pejam lagi. Dulu masa di hostel bila tiba hari cuti ada kawad dan gotong royong. Kawad tu ok lagi. Tapi gotong royong memang aku tak boleh blah. Huhu. Oh ya. Gotong royong masa aku di Beseri. Kawad masa aku di Grik. Terjerit-jerit berkawad. Tapi best wooo. Pakcik pemandu bas yang ajar kitorang berkawad. Kadang-kadang bebudak scout bagi arahan. Lepas kawad balik asrama. Tak ada prep. Yang nak outing boleh keluar. Rindunya bila ingat zaman asrama dulu. tapi no way untuk patah balik. Cukuplah sebagai kenangan dalam hidup yang manis untuk dkenang. Chewah!

Masa golek-golek nak bagi tidur semalam aku teringat apa yang aku buat 5 tahun yang lepas. Lama tu. Masa tu 2004. Aku 3rd year di UM. Masih lagi menginap di 1st college. Masa tu:
1)
room mate ain dan zian.
2)
masih menjadi chenta hati seseorang
3) pertama kalinya ada kelas malam. adoila. seb baik ada BGA Ain yang baik hati hantar i ke kelas lepas maghrib.
4)jadi ahli tidur kat kolej. maklumlah pelapis dah ramai, jadi bagi la chance kat diorang.hihi.
5)bila lapo kami keluar beli beger dadah kat tepi gate UM tu. pergh sedap weh. ain selalu jadi umpan kami supaya dapat discount dan baut beger yang lagi sedap.
6)rajin turun kedai uncle bacha beli nescafe mocha. maklumla kena stay up. dah 3rd Year. subjek pun makin susah. jadi kena la rerajin belajo. turun skali ngan zian supaya boleh dapat diskaun. zian kat baik dengan uncle bacha tu. hihi
7)gayut kat public phone sampai habis duit syiling. haha.
8)aku selalu jadi model tidur ain-zian-sha, sebab diorang suka sangat ambil gambo aku tido. maklumlah bekas ahli 'gimnastik' yang boleh melentik-lentikkan badan walau dikala tido. hihi.
9)seorang yang boleh tidur dengan begitu mudah -sambil bersembang ramai-ramai ni..tetiba je aku senyap-maknanya aku da tidur..pastu aku biarkan diorang terkulat-kulat bersembang. walhal aku yang pesan kat diorang jangan tidur lagi
10)pergi kelas jalan kaki merentasi tasik ke fac sains. nostalgia sungguh, kalau hujan, payung terbalik, kuyup beb.

tapi itulah kenangan.......manisnya untuk dikenang...
to ain-zian-sha..silalah tambah apa2 yang patut mengenai aku 5 tahun yg dulu. ekkeke


No comments:

Post a Comment