Sedar tak sedar dah masuk semester akhir aku di UKM. Dah nak habis pun. Tapi researchnya? Hihi. Tengah struggle la nih. Malam tadi tetiba aku rasa kabut terbayang banyak benda tetiba nak fikir dan selesaikan. Apa yang ada sekarang dan persediaan lepas habis belajar ni. Lepas tu mulalah aku rasa semput tak cukup nafas. Hasilnya malam tadi tidur awal lena sampai ke subuh gajah. Huhu.
Sejak akhir-akhir ini aku dapat rasakan rezeki ALLAH semakin hampir. Apa yang aku pernah impikan, apa yang aku minta pada lewat doaku padaNya sudah nampak ke arah itu. Aku tak pasti ini rezeki, ujian atau dugaan. Apa pun kita tak baik bersangka buruk dengan ALLAH. Aku terima apa yang terintang di depan ni penuh syukur. Mungkin ini one step closer orang kata. Sekarang aku cuma usaha lebih sikit dan kerja kuat sebab banyak benda aku nak kena selesaikan sampai hujung tahun ni. Benda tu bukan pasal research je Tapi macam-macam. Aku cuak juga nak pikul tanggungjawab dalam satu masa. Namun aku yakin, ALLAh tak akan beri sesuatu kepada hambaNya tanpa mengikut kemampuan kita. Dia tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk kita. Jadi tak perlulah kita merungut kalau-kalau kita tak dapat sesuatu apa yang kita idamkan. Boleh jadi Dia mahu kita berusaha lagi atau dia nak beri kita perkara yang lebih baik. Aku ingat dan pegang tag line aku dengan Kak Arpah "as a educated woman we have to think positive in no matter how condition you are". Jatuh bangun single lady macam kami ni, kami telan je. Bagi aku hidup ni suatu perjalanan. Macam mana sekali pun redah je. Tapi kena ingat agama itu sebagai pedoman. Insya ALLAH hidup diberkati Tuhan.
Oklah, nak tengok Nur Kasih. Malam tadi terlepas siaran. Jadi tengok dari tv3.com je la. Malam ada wedding schoolmate. Macam ni lah hidup aku. Kahwin orang aku pergi. Kahwin aku entah bila-bila. Anak orang aku pergi tengok. Diri sendiri? Anak tekak je lah. Hihi. Sekian..wassalam.

~one candle ..only one i need for myself who really understand me, soothing me and loving me endless~

No comments:
Post a Comment