Saturday, August 8, 2009

Impian

Baru saja sampai dari KLIA. Hantar Aaina, Farah dan lagi dua orang teman pergi ke Sheffield. Mereka ada research collabration with K*reb*s Inst. di sana. Pergi selama 3 bulan. Satu pengalaman yang sangat bagus dan menarik. Pergi bukan untuk bersuka ria. Tapi menunaikan tanggungjawab yang digalas. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka pergi study di luar negara. Saya pun teringin juga. hihi. Siapala yang tak ada keinginan macam tu. Insya ALLAH April 2010 giliran saya pula. Amiiiinnn. Saya tumpang gembira dengan peluang yang mereka ada. Dan mereka sememangnya layak untuk berada di sana. Mana taknya..masing-masing jenis yang determine masa buat research, fokus, sanggup korbankan masa tidur, tidur dalam lab semata-mata nak tunggu results experiment. It were not easy things to be done. Benarlah kata, pada setiap kepahitan itu penghujungnya ada kemanisan. Setelah mereka berhempas pulas di makmal..mereka berjaya ke sana menunaikan misi dalam penyelidikan. Tetiba formal pula ayat I. Chewah! Semoga mereka berjaya all out siapkan eksperimen. Balik Malaysia tulis tesis je!. Lepas tu jom kita fokus dalam karier penyelidikan di bawah satu bumbung! Caiyok..Caiyok.

Haruslah menjadi keinginan untuk sambung PhD. Alang-alang sampai Master, biarlah habiskan sehingga peringkat tertinggi. Bak kata my SV, letakkan target kamu umur berapa nak ada PhD. Gulp! Mak sentap noks! Hihi. But one day, the dreams will come true. Pentingla ada kelayakan tertinggi dalam research ni. Bukan suka-suka tau sebab berdasarkan kelayakan tertinggi baru mendapat tempat dalam dunia penyelidikan. Penyelidikan Sains tak sama dengan bidang lain yang ada kalanya memerlukan lebih pengalaman berbanding kelayakan. Tapi satu hari nanti saya aka cuba ke German atau Scotland untuk buat PhD. Kenapa? Kerana untuk bidang saya di sana sangatlah establish wa cakap sama lu. Insya ALLAH. Moga impian jadi kenyataan. Amin.

Okay guys. Nak tido. Da lewat ni. Esok Subuh dinosour plak. Huhu

1 comment:

  1. ruru, ko buat research psl ape?citer la sikit. nak juga tahu. kdg2 tak phm ape yg bakal2 saintis ni dok kaji.

    at least bebudak tye nnt dpt le aku jwb.hehe

    ReplyDelete