Friday, August 21, 2009

Macam-Macam II

PadaMu ALLAH ku bersyukur kerana masih dipertemukan pada Ramadhan kali ini.
Kumohon semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga bulan penuh barakah ini kutempuhi dengan penuh keimanan.
Semoga bulan penuh kemuliaan ini aku diberi petunjuk kepada lorong-lorong kebenaran yang bercahaya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

26 tahun waktu menginjak. Secara mumaiyiznya, dah 19 tahun ku bertemu dengan Ramadhan.
Terawih pertama di masjid UKM. 8 rakaat berserta witir. Sebelum ni terawih pertama di surau je. Tapi surau padat bebeno dengan orang. Biasalah memula puasa kan. Nanti dah 2 minggu berlalu lapang aja. Aku harap kali ini ibadah terawih berjalan lancar tanpa ada lubang-lubang melainkan bila memang dah tak boleh. Balik terawih melekit-lekit rasanya muka.

Esok sahur jam 530. Sahur nak dekat waktu Imsak barulah afdhal. Hihi. Lepas tu terus solat Subuh. Insya ALLAH. Aku bimbang puasa kali ini tak bertahan sebab gastrik sejak akhir-akhir ni melampau-lampau pula. Janganlah gastrik datang. Jenuh dow nak ganti puasa. Yang pasti esok sahur kena minum susu. Dan sahur adalah wajibul ke atas mereka yang ada gastrik macam aku ni. YM dengan Aaina dan Farah. Esok diorang nak ke Manchester. Ya ALLAH seronoknya. Serius aku sangat teruja bila tengok gambar dia orang di school. Sebelum ni gambar orang lain aku tak ada perasaan sangat. Tapi bila good friends of mine yang pergi perasaan tu membuak-buak nak belajar sungguh-sungguh. Insya ALLAH suatu hari nanti matlamat akan tercapai.

Isnin ni ku pos kad raya pada diorang. Tadi dah minta alamat dari Farah. Kalau ada rezeki diorang aku pos skali kuih raya. Ehem*. Merasalah kome ye beraya di perantauan. Belajar elok-elok di sana. Semoga research dia orang dengan aku berjalan lancar. Amin.

Petang tadi aku rasa sendu je dalam lab. Semua orang balik awal. Aku je yang tinggal seorang. Masa tu dah pukul 520. Aku balik awal pun nak buat apa. Baikla duduk lab kejap. Siapkan sikit-sikit. Padahal hati ni dah ke lain. Kemudian aku cadang nak pergi rumah Syahidah. Lama bebeno tak ke sana. Plus ada bungkus nasi beriani jamuan siang tadi. Sampai di rumah Kak Linda pun ada. Dia orang tengah masak. Maka cukuplah korum kami menjamu selera utk dinner malam ni. Hidangan lauk beriani beserta daging masak kicap Kak Linda yang sedap. Esok dah nak puasa. Itu yang ku datang rumah dia orang. Kain baju ku pun ada kat sana lagi tak berambil. Haha. Macam biasa update stori bagai. Termasuklah bab h1n1. Kak Linda kan Dr jadi info h1n1 yang tak ada kat arus perdana ku tahu sikit-sikit. Tak terfikir pun teori-teori di sebalik kewujudan h1n1. Huh, yang penting jaga kebersihan. Kalau sakit cepatlah makan ubat. Jangan eksyen kata tak nak makan ubat sebab tak nak ajar diri sihat dengan ambil dadah. Dulu bolehlah, sekarang imuniti kita sentiasa berubah. Bila batuk selsema tolonglah sangat-sangat jangan pergi tempat awam. Duduk rumah diam-diam, makan ubat dan bagi sihat betul-betul. Penggunaan mask efektif untuk orang yang selsema dan batuk supaya virus diorang tak separate. Bila batuk dan bersin teruslah cuci tangan. Pendek kata, kehidupan kena hygiene.

No comments:

Post a Comment