Saturday, August 15, 2009

Sakit

Saya bersiaran dari atas katil kegemaran di kampung tercinta. Sejak semalam diserang demam dan sakit kepala sehingga berlarutan ke petang tadi. Alhamdullilah malam ni beransur pulih. Cuma sakit kepala adalah sikit. Segala perancangan aktiviti balik ke kampung kali ni terpaksa ditunda. Nampaknya ada hikmah di sebalik itu. Makanya, duit simpanan saya untuk bertukar HP dan membeli kain cotton disimpan saja. T--T Saya anggap ALLAH memberi petanda supaya duit itu tidak dibazirkan.
Demam, sakit kepala, batuk sedikit mujur tak selsema. Ayah tanya ada berhujan ke? Memang ada. Petang Rabu dan petang Khamis. Sakit kepala memang tak boleh tahan. Sampai di klinik saya baring atas kerusi panjang sebab sakit sangat. Dalam usia 26 tahun masih bermanja dengan mak. Berbaring di atas ribaannya sementara menanti Dr tiba.
Saya terfikir bagaimana ya bila saya sakit tanpa emak. Mujurlah saya demam kali ini di kampung. Mak masakkan bubur nasi. Mak tolong picitkan kepala saya. Dan emak tolong merenehkan air barli penyejuk badan. Mampukah saya mendapat layanan sedemikian bila jauh dari mak? Mampukah encik suami melayan saya begitu bila saya sakit nanti?
Walaupun dah lama duduk di asrama dan tinggal berjauhan dengan keluarga, adakala sifat manja itu tak hilang. Kadang-kadang rasa manja terlebih dari adik-adik yang lain. Uhuk.
Lepas ni kesihatan perlu dijaga dengan baiknya. Minum air dengan banyak. Ambil vitamin C setiap hari. Pilih makanan yang sihat. Dan jangan terlalu kerap keluar di kawasan yang ramai orang. Virus sekarang sudah bijak. Mudah replikat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jadi kita manusia perlu jadi lebih bijak dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

2 comments:

  1. "Dan emak tolong merenehkan air barli penyejuk badan."

    hek kamoo!org yg tolong merenehkan!!haish!

    ReplyDelete
  2. kah kah kah..kamu xnak kabo yg kamu renehkan barli tu utk org. hahahahaha

    ReplyDelete