Saturday, August 1, 2009

Siakap Stim & Tumis Sotong

Monthly Report
Finally, Alhamdullilah berjaya juga siapkan report bulanan.
Malam nanti baru nak email pada SV. Sebelum tu buat final touch up.
Jadi esok boleh balik Bangi dengan hati yang tenang.
Dan Isnin masuk lab dengan print journal yang dah hampir 2 minggu bersemadi dalam pen drive.
Bayangkan seminggu tak baca journal. Adoiyai.
Elaun bulan ni masuk lambat. sob-sob-sob.
Mujur ada elaun PaMa. Jadi tak bolehlah enjoy sangat bulan ni.
Ok la tu. Katanya nak fokus. Nak catch up SV sebelum dia cuti sabatikal.

Siakap Stim & Tumis Sotong
Hari ni hidangan lunch yang marvelous.
Mak yang masak. Bukan I. ^__^
Saja tak nak campur tangan nanti resepi jadi lain. Jadi biar mak yang buat semua baru siakap stim jadi sedap. Chewah.
Tapi serius resepi siakap stim mak paling sedap berbanding yang aku selalu makan di kedai.
Tumis sotong guna sotong kering. Pergh. Layan. Kalau sotong basah aku tak berapa nak layan.
Mak masak tumis sotong yang berkuah. Tapi kalau aku masak tumis sotong yang kering. Kuah dia sikit je. Hehe.
Hidangan sebelum aku dan adik-adik balik KL. Ye la, kalau balik KL masing-masing makan lauk kedai. Bosan!

Syaaban
Dah bulan Syaaban. Tak lama lagi nak puasa. Uhuk. Time flies so fast.
Ganti ada lagi satu hari. Cik kak ni kali ni puasa ganti lambat pula nak habis.
Banyak godaan ahak.
Apa pun bulan Syaaban jadikan sebagai persediaan untuk Ramadhan.
Semoga dapat jadi muslim yang lebih baik dari sebelum ini.

No comments:

Post a Comment