
Hari ni dah masuk raya kelima. Rumah pun dah sunyi sepi sebab orang bandar semua dah pulang ke rumah masing-masing. Kanak-kanak riang pun dah tak ada. Kalau tak diaorang lah pencetus suasana. Walaupun kadang-kadang pening dengan macam-macam karenah. Boleh pulak raya kali ni diaorang sakan main kerete turbo. Duuh! Kalau tak main kereta turbo, main game kat laptop.
Dalam meriahnya hari raya ni, sempat lagi my SV hantar email pasal plagiarism in publication. Wow! Ye la, kali ni dia beraya di Auckland. Baru-baru ni ada berita pasal 2 orang pensyarah UPM dikesan plagiat dalam hasilkan buku. Jadi ada dua email peringatan dan tips diberi. Aku baca sekali lalu je. Nanti bila masuk lab baru aku digest habisan maklumat yang diberi.
Sebenarnya aku baru online guna MacBook. Selama ni sejak balik raya aku online guna lappy adik-adik. Tak tahu kenapa tetiba MacBook weng tak boleh connect to wifi. It can detect the signal but disconnected. Bila try to connect back, connection time out. Hangin aku. Lepas tu aku search kat forum. Rupanya ada yang senasib. Mana-mana MacBook yang upgrade to Snow Leopard memang de problem macam ni. Tapi kat forum tu belum ada solution untuk masalah ni. Malam ni kira nasib baik la. Syukur pada Allah. Masuk lab nanti nak downgrade balik pada normal Leopard.
Cerita raya penuh ceria walaupun kepenatan. Tapi dah namanya rayakan.
Petang Raya & Malam Raya:
Tahun ni petang raya baru kami adik beradik siapkan baju raya masing-masing. Baru kalut nak siapkan kelim baju, tulang belut. Macam aku tetiba turun hidayah jahit manik kat baju. Muahaha. Lepas buka puasa semua kerja menjahit dah siap. Jiran sebelah rumah dah main mercun keboobooom. Kami satu famili beraya rumah Mak We, kakak pada ayahku. Rumah opah dan kami sunyi je pada malam raya sebab tahun ni pakcik-pakcik dan makcik semua raya belah mentua. Mujurlah ada cucu-cucu jiran sebelah main mercun. Sekurang-kurangnya kami rasa jugalah kemeriahan malam raya. Otw nak pergi rumah Mak We aku bawa kereta slow je. Saja nak nikmati pemandangan malam raya sambil layan lagu raya.

Pagi Raya:
Bersalam-salaman sekeluarga. Lepas tu pergi kubur arwah moyang. Dah lama sangat tak pergi. Memang kena kenang sebab dulu masa aku kecil arwah moyang yang jaga dengan penuh limpah kasih sayang. Balik dari kubur kami beraya rumah Opah Wah (adik opah). Jumpa dua pupu yang kecil-kecil. Kena kenal sebab nanti bila jumpa lain kali, eh dah besar dia ni. Eh, dah anak dua makcik ni. Balik raya dari rumah Opah Wah, terus ke rumah. Kemas dan siapkan apa yang patut sebab esok majlis pertunangan adikku. Wooo..penat wooo kenduri masa raya. Tapi best dan senang sebab sekali harung jumpa saudara mara.
Malam Raya Pertama:
Mak dan makcik-makcik serta adik aku yang nak bertunang kalut siapkan segala benda untuk esok. Semua pasal hantaran. Macam-macam jenis. Biasalah, orang Perak ni kaya adat. (Chet , macam la negeri lain tak kaya adat) Tapi Perak ni macam-macam benda nak dibuat. Tabak la, ayam golek rendang la. Yang pasti malam tu aku cuma siapakan makan malam dan kemas rumah. Aku tengok mak dah macam tak tentu arah nak handle majlis ni. Hihi. Ni baru majlis kecil nak bertunang. Belum kenduri kahwin. Ahak.
Raya Kedua:
Hari yang dinantikan bermula. Aku pun menanti nak tengok apa yang aku dapat. Haha * gelak jahat. Kenduri berjalan lancar cuma katering problem sikit. Datang lambat. Saudara mara pun ramai yang datang. Gembira. Tapi aku ditimpa dengan soalan bonus yang keluar. Misalnya: "kakak bila lagi?" "tahun bila ni ruby?" "bf datang tak hari ni?" "kamu bila pulak?" Jawapan aku simple je. 1. Rilek dulu. 2. Tak tahu lagi. Nanti le dulu. Hihi. Cool tak? Apa pun thanks to my BIL sebab kasi cincin sama ku. Hihi. Bila malam baru sepupu-sepupu ramai. Meriah sangat! Dipendekkan cerita raya tahun ni best!
No comments:
Post a Comment