Wednesday, September 16, 2009

Cerita Raya

Raya..raya..raya...Tak lama je lagi. Esok aku pun bakal bergerak pulang ke kampung tercinta. Banyak tugas menanti, banyak kerja perlu dilunaskan. Maklumlah tetiba raya tahun ni ada big day. Pertama kali pulak tu. Jadi macam-macam benda nak diuruskan. Dan tahun ni pecahlah rekod keluarga aku bila kuih raya tak dibuat. Sebaliknya dibeli. Haish. Jatuh saham neh, dahlah semua adik beradik perempuan. Tapi aku tak kira. Aku buat juga walaupun 2 jenis. Itu pun biskut simple je. Janji buat. Mak aku penat sangat kot. Macam-macam benda dia nak uruskan. Selalunya dia yang bising kalau kami liat nak buat kuih raya. Tapi pagi tadi dia call kata tak buat kuih raya. Tak apalah mak, nanti I balik buat biskut raya. Kalau boleh aku nak make sure my lil sis sweet day tu berjalan lancar. Aku tak mahu serabut dan tak tentu hala jadi. Ni tadi diorang cerita pelamin dah siap. Baguslah. Senang skit kerja I. Tapi bebudak ramai aka cousin yang masih kecil-kecil. Yang ni sape tak mahu diam Kak Yong cubit sorang-sorang ye.

Tak tahu nak gambarkan bagaimana raya kali ni. Dah la rasa macam tak puas je berpuasa di bulan Ramadhan. Apatah lagi minggu terakhir ni aku bendera Jepun. Adeh! Entah bila boleh ketemu lagi Lailatul Qad. Semoga Ramadhan yang akan datang aku diberi kesempatan. Puasa kali ni macam caca merba. Kalau ada graduasi puasa, rasanya tak lepas. Tahun depan pun belum tentu aku dapat rasa nikmat berpuasa di sini. Tengoklah macam mana kan. Raya pun aku rasa macam gitu-gitu je. Mungkin sebab dah dewasa. Perasaan tu jadi lain. Aku pun dok tengah pening pasal research. Notis patut hantar bulan ni. Tapi tak hantar juga. Adoiyai. Macam mana neh. Tapi aku dah siapkan report untuk SV. Harap dia baca masa cuti nanti. Lepas raya boleh terus proceed for the next step. Ada kawan tanya apa perasaan bila adik aku bertunang? Perasaanku ialah ok jer. Tapi macam tak best sebab bakal menerima ahli keluarga baru. Lelaki!. Fyi, adik beradik kami semua perempuan. Maka sangatlah janggal jika tetiba ada lelaki lain dalam kelompok kami. Macam-macam hal ada batas dan jadilah kami penuh tertib. Ahak. Entahlah. Perasaan aku je kot. Ntah-ntah mamat tu chuak kan, tetiba je keliling dia ramai perempuan.



No comments:

Post a Comment