Sunday, September 6, 2009

Cikgu-Cikgu

Dari kiri: Cikgu Kaunselor( xingat nama dia), Cikgu Azah, Cikgu Tajun, Miss Ju dan Cikgu Makky)
kredit to 1st batch senior yang letak gambar kat facebook.


Aku terjumpa gambar ni masa tengok facebook MRSM Grik. Tapi dia limited untuk pioneer MRSM Gerik. Kubuka gambar-gambar yang ada. Aduh nostalgia sungguh di maktab tercinta. 5 guru di atas antara cikgu yang terawal di MRSM Gerik. Muda-muda lagi dah dihantar ke tempat baru yang sangat ceruk. Kalau aku tak silap, umur mereka masa tu sebaya dengan umur aku sekarang. Hihi. Sekarang semua dah tak mengajar di Gerik. Kecuali Cikgu Makky yang masih setia di sana. Kali terakhir aku jumpa masa bulan Feb yang lepas. Masa tu kuteman Syahidah hantar kad kahwin ke maktab. Cikgu Makky sempat lagi bagi tips cari boyfriend kat aku dan dia doakan aku kahwin tak lama lagi. Hau hau hau. Beliau buat aku terharu. Terima kasih cikgu!

Cikgu Azah, Cikgu Tajun dan Miss Ju adalah warden aku di P2. Kebetulan mereka pun mengajar kelas aku dan kawan-kawan. Miss Ju ajar english, C. Azah ajar BM dan C. Tajun ajar Sejarah. Miss Ju sangatlah lembah lembut. Soft spoken. Fakta tentang dia yang paling kuingat dia cerita yang dia tak boleh makan makanan yang ada MSG. Kalau tak samada dia pengsan atau pening. Cikgu Azah ajar BM. Kumasih ingat budak-budak lelaki suka usik Cikgu Azah. She was a good counselor on that time especially for those who in puppy love. Haha. Cikgu Azah ajar BM pun best. Fakta tentang C. Azah ialah tulisan dia yang bulat-bulat, sebiji-sebiji dan kemas. Tadi sangatlah teruja bila jumpa facebook C. Azah. Rindu sangat-sangat kat dia. Cikgu Tajun pula ajar Sejarah. Serius cara dia mengajar memang kusuka. Sangat pintar menarik minat kami. Belajar sejarah dengan dia tak boring dan mudah faham. C. Tajun suka buat aktiviti dalam kelas. Misalnya ubah suai lirik lagu dengan fakta sejarah, pertandingan koir sejarah dengan lagu direka cipta sendiri dan drama sejarah. Semua peristiwa tu aku tak akan lupa terutamanya pertandingan koir sejarah!. Kelas aku dapat tempat pertama dan lirik tu aku yang cipta. ahaha. Tapi tak de bukti nak tunjuk kat sini. Ahaks. Cikgu Makky ajar Geografi. Aku selalu tidur dalam kelas dia. Huhu. Teruk betul aku ni masa tu. Kalau dia nampak kami tidur dia akan naikkan volume suara. Tak pun dia jerit nama tanya soalan "rabiatul! apa dia..bla bla bla."

Kenangan di MRSM Gerik memang tak dapat aku lupakan. Aku sayang sangat dengan kenangan di sana. Banyak nostalgia disimpan. Di sana permulaan alam remaja. Banyak yang aku pelajari dalam kehidupan. Sebelum ni dah ada buat reunion jumpa cikgu-cikgu. Kali terakhir 2004 yang lalu. Kuharap lepas ni ANSARA Grik akan buat sticker kereta plak. Jom.

No comments:

Post a Comment