Sebuah drama bercorak keislaman - Mencari Nur Khadijah. Tengok di You Tube je. Kebetulan terjumpa masa nak tengok drama lain. Ku memang sukalah cerita ni. Menyentuh perasaan dan buat aku insaf dalam mengenang kembali sirah perjalanan Rasullullah.
Sarah dan Zaidi dipertemukan ALLAH SWT atas kegemaran yang sama-membaca buku berunsurkan Islam. Persahabatan yang terjalin akhirnya membawa kepada rasa cinta dalam hati masing-masing. Zaidi seorang peguam yang mempunyai firma sendiri. Ujian ALLAH datang tak terduga. Zaidi dan sahabatnya Adib dituduh pecah amanah dan dibicarakan di mahkamah. Hakikatnya Zaidi dan Adib telah dikhianati oleh rakan kongsi mereka. Kerana tidak mahu Sarah terheret sama menanggung malu, Zaidi memutuskan hubungan ini. Sarah jadi pilu dan patah hati lalu terbang ke Australia menyambung pengajian. Masa berlalu, dalam pahit ada kemanisan. Dalam susah ada yang sudi membantu Zaidi dan Adib meneruskan kehidupan. Seorang ahli perniagaan Islam, Datuk X (tak ingat nama daa) mengambil Zaidi sebagai penasihat guaman tentang perniagaannya. Zaidi yang sememangnya berkaliber membantu Datuk X supaya perniagaannya tersenarai dalam papan kedua bursa saham. Usia Zaidi yang meningkat menjadi persoalan bilakah dia akan mengakiri zaman bujangnya. Dalam pada itu, Zaidi menerima emel dari Nur Khadijah yang dia sendiri tidak kenali. Nur Khadijah bagaikan tahu perjalanan hidup Zaidi. Kemuncak cerita bermula apabila Datuk X mengahwinkan Zaidi dengan anak perempuannya - Fatimah tanpa mengetahui yang Sarah juga adalah anak Datuk X.
Ku terpesona dan kagum dengan konsep perniagaan Datuk X yang mengutamakan Islam dalam apa jua urusan. Malah dia mahu membuktikan bahawa orang Islam mampu menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Ini mengingatkan kita pada sirah Nabi yang pergi jauh merantau mengembangkan perniagaan dan Islam bahkan 9/10 dari sumber rezeki itu adalah Islam. Apa yang aku lihat dalam drama ni pengarah menggarap cerita dengan perjalanan hidup Rasullullah. Persoalan timbul apabila Fatimah tua 5 tahun dari Zaidi. Namun itu semua bukan penghalang apabila mereka mengambil kisah Saidatina Khadijah berkahwin dengan Nabi dalam usia 40 tahun. Bab Sarah patah hati memang sedih. Dia bagaikan tak dapat menerima takdir ini. Satu ayat yang buat aku terkesan ialah " Cinta dan rindu seorang manusia lebih beerti kiranya manusia itu sanggup mengorbankan hak miliknya demi ALLAH dan Rasulnya". Cinta sesama manusia tiada yang hakiki. Andai kita tak dapat memilik cinta manusia..cinta ALLAH itu sudah pasti. Kalau pun kita patah hati, kita harus ingat ALLAH itu mahu berikan yang terbaik untuk kita. Hidup ni tak selalunya indah...dalam manis ada kepahitan. Dalam ranjau ada kesenangan yang kita tak terduga. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Tahniah untuk Erma Fatima dan Abu Hassan Morad yang merupakan orang kuat drama ini. Pelakon-pelakon pun hebat dalam menjayakan watak masing-masing. Oh ya, siapa pula Khadijah tu? Jeng-jeng-jeng..korang tengoklah sendiri eh.
p/s: tetiba ku macam suka je nak reka nama dengan gabungkan namaku 'adawiah' tu jadi~ Sarah Adawiah, Fatimah Adawiah, Rania Adawiah. Hehe. Macam sedap je. Ahak.

No comments:
Post a Comment