Haluu.
Semalam tak larat menulis. Memang letih bangat. Ditambah dengan hujan lebat yang turun dengan riang ria memang enak jika landing di atas tilam. Overall, kelas dua hari ni memang ku enjoy sangat. Banyak 2 ways communication instead of group discussion. But it's really work. Cuma dah culture kita bila dalam kuliah tak ada yang nak jawab soalan secara single. Lebih suka jawab secara berjemaah. Hahaha. Dr Simon and Fred from JHU pun pelik bila tengok macam ni. Tapi Simon ni pun jenis pemalu jadi dia tak berapa kisah sangat. Macam dia , lebih prefer mendengar kuliah dari bercakap di hadapan. I likeeeee. I pun macam gitu. Ahak. Kelakar dan kagum bila dengar Fred dan Simon menyanyi lagu tema PP dalam Bahasa Melayu. Fred la banyak nyanyi sebab dia boleh baca not. Lagu tema PP macam susah jugaklah. Dah la kena nyanyi nanti depan Ros*mah Ma*nsor. Ayark!
Training dua hari ni cover subjek pendidikan khas. Tapi lebih tertumpu pada gifted student la kan. Semalam belajar mengenali ciri-ciri kanak-kanak pintar. Sambil tu ada study case supaya kami dapat menganalisis masalah student tersebut di samping mencari penyelesaian kepada masalah. Wah, serius aku jatuh cinta la dengan tajuk ni. Tetiba nak tukar profession kan. Haha. Mahu kena kerat leher dengan 2 orang. Hari belajar designing interactive course for fun learning. I likeeeeee. Kira cikgu pun kena kreatif juga nak mereka modul supaya student tak bosan, lebih faham, kreatif, innovatif dan out spoken. Letih juga la kepala otak sebab 2 hari dihidangkan secara crash boom bang ! pedagogi pendidikan. Tapi ku suka je. Mungkin sebab by nature memang jiwa pendidikan tu dah ada dalam diri. Al maklumlah, mak ayah cikgu. eceh. poyo sungguh. Lagi pun ku join program ni nak belajar pendekatan mengajar dalam sains & teknologi supaya kanak-kanak lebih minat menerokai bidang ni. Ni kang, kita dok pulun buat eksperimen, tapi bila kita nak cerita dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat luar, kita tak pandai nak cerita.
Dan aku lebih excited bila jumpa penulis yang ku penah baca novelnya. Adalah dua orang cikgu BM yang join PP ni. Selama ni aku panggil cikgu kat mereka. Sembang-sembang gitu. Sebenarnya aku kagum dengan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka dalam BM. Cikgu Mas, pergh! Ayat dia memang sedap. Struktur ayat memang bagus. Siap berpantun dan berseloka. Memang ku tabik hormat. Kadang-kadang aku rasa stupid sangat bila present kat depan tak boleh nak cakap BM. Mesti nak speaking juga. Mungkin sebab ada Simon dan Fred buat nak speaking supaya mereka faham kononya dengan presentation kita. Nak kata aku speaking macam air idak la juga. Aku berazam mulai esok bila ada presentation nak cakap BM. Peduli lah Simon dengan Fred tu. Haha.
Ok lah. Gua letih. Lapar chicken chop. Tapi bila letih mesti skip makan. Huhu. Bye semua. Dan jangan Monday Blues ok. :)
No comments:
Post a Comment