Hari ni Alhamdullilah dah tak selsema. Cuma pagi ni aku tak banyak bercakap dan menegur orang. Biasalah pepagi mood swing sikit. Dah breakfast barulah graf keceriaan aku naik. Lagi bertambah naik bila pagi ni ada lakonan sebagai salah satu latihan dalam kelas. Semua Instructor-TA-RA wajib berlakon mengikut kumpulan masing-masing. Kami diminta melakonkan masalah yang barangkali terjadi sewaktu dalam kelas. We had a lot of fun during this lecture. Tak sangka semua orang sporting berlakon walaupun hanya 10 minit saja masa berbincang. Kumpulan aku membawa cerita tentang kecurian di makmal. Jalan cerita yang mudah. Apatah lagi perkara biasa yang selalu terjadi bila ada pelajar-yang berminat dengan peralatan makmal dia angkut bawa balik rumah. Aku pegang watak lab assistant yang mengadu radas tak cukup. Malas nak bawa watak besar sebab idea ni aku yang bagi dulu. Muahahaha. Disebabkan group Biotek duduk depan maka kami yang berlakon dulu. Sa*m*ien gelak sampai muka merah padam bila tengok lakonan Shir Lee dan Soleh yang bersahaja. Aku cukup kagum dengan Cikgu Mas*ki*ah seorang pensyarah dari IPG. Cikgu Bahasa Melayu yang menjadi pengajar untuk kumpulan Penulisan Kreatif. Sangatlah bersesuaian. Dia suka berseloka dan kreatif dalam pengajaran. Pengalaman usah cakaplah memang banyak sampaikan lecturer fac pendidikan minta dia bagi ulasan kuliah. Cikgu yang sentiasa bersemangat dan kreatif macam dialah yang negara kita perlukan. Kalau aku jadi anak murid dia haruslah BM aku yang A1 tu jadi A1++. Hihi. Serius aku tertarik dengan pengajaran dia sampaikan Dr R kata kalau saya jadi pelajar saya nak masuk kelas dia. Tahniah Cikgu Ma*sk*iah. Lakonan paling ringkas dari group Ro*botik. Bawa masalah pelajar yang hilang fokus sewaktu cikgu mengajar. Pelajar tu tengok makcik cleaner tengah lap tingkap. Dialog dia macam ni.
"Kamu tengok apa tu?" Tengok makcik cleaner cikgu" "Ok, tengok makcik cleaner sekarang" Semua tengok. "Ok, sekarang tengok saya". Muahahaha. Kalau aku jadi makcik cleaner tu taubat aku tak nak masuk kelas tu lagi.
Lepas lunch masuk taklimat yang memeningkan kepala. Ramai I-TA-RA tanya macam-macam pasal jadual pelajar. Aku dengan Huda malas nak dengar sebaliknya kami bincang pasal modul biotek kami. Risau juga sebenarnya tapi aku buat cool je sebab aku tengok Huda macam mengelabah semacam takut tak sempat cover subject. Bukan apa, kalau orang panik kita jangan panik juga. Instead aku tak nak bagi Dr E* stress kalau kami dok risau-risau. Orang tanya soalan nak extra food untuk adik-adik la, pasal dryer baju la...kami malas nak fikir sebab untuk kumpulan biotek memang sempoi. Makan semua kat F*ST* kecuali masa makan malam. Biasalah, orang Sains memang malas nak fikir complicated. Just make it simple and clear janji ikut konsep dan faham. Hahaha. Lagi pun RA ada dengar. Kami yang I ni nak pecah kepala fikir method terbaik mengajar dalam kelas supaya budak-budak tu tak bosan. Aku baca juga jurnal Dr E masa kat C*T*Y. Nak tergelak pun ada bila dia ada buat ayat-ayat lucu. Sebahagian petikan kata budak-budak gifted sana tak respect orang pakai tudung macam dia. Lepas tu disebabkan terlalu open, dia orang jadi rude dengan pengajar. What to do. Dah itu budaya mereka. Harapnya student aku tak macam tu. Insya ALLAH.
Nak kata excited tu pun ada, nak kata cuak tu ada la sikit-sikit. Tapi aku tetap buat cool. Ye la tu...coolah sangat. Yang pasti kena buat RP before masuk kelas. Every night kena email pada Dr E pasal attitude pelajar dan penerimaan dia orang. Banyak benda nak kena masuk dalam kepala otak. Aku tak sedap betul bila orang tanya dapat elaun ke jadi I program ni. Haruslah dapat. Isk isk. Bukan apa aku tak suka orang anggap aku masuk ni sebab nak duit. Tapi kata orang apa nak dihalang. Suka hati dia la nak kata apa. Janji Allah tahu niat aku masuk program ni sebab apa. Yang pasti ni projek besar, projek negara, dan aku antara barisan pertama yang menerajui projek ni. Pergh! Sentap tu bila Dr H cakap ramai yang kutuk-kutuk sebab kerajaan belanjakan berjuta-juta ringgit. Dalam hati aku memang kutuk habis-habisan siapa yang mengata tu. Biasalah, orang kalau dah tak suka dengan seseorang memang dia akan tak setuju apa sekali pun yang orang tu buat. All of u get it kan point aku neh. Tapi think positive la. Ni semua untuk kebaikan generasi kita. Betapa ruginya kalau kita tak gilap permata tersebut sedangkan mereka ada kelebihan yang membawa kebaikan pada negara dan agama terutamanya. Sorrylah kalau aku terpoyo sikit. Tapi bila sebut bab agama dan bangsa memang aku concern sikit. Aku tak nak jadi khalifah yang hidup di muka bumi ni tanpa sebarang perkara yang boleh membawa manfaat kat orang lain. Aku nak students aku suatu hari nanti jadi orang berjaya dalam hidup dan membawa manfaat pada agama dan bangsa. Tak kisahlah kalau dia tak dapat jadi biotechnologist pun janji dia orang jadi insan cemerlang dunia dan akhirat dalam pelbagai bidang. Amin. You guys, doakan program PP ni berjaya. Insya ALLAH. Manalah tahu suatu hari nanti you guys dapat anak yang gifted bolehlah hantar anak you guys ke sekolah PP ni.

No comments:
Post a Comment