Thursday, November 5, 2009

Wahai Jiwa-jiwa Yang Tenang

Cuaca lembap sepanjang hari.
Aku pun jadi lemau.
Sangap juga duduk dalam lab menunggu hasil kajian dari SV yang tak kunjung tiba.
Stress! Benarlah penantian itu suatu penyiksaan.
Aku berdoa semoga SV sentuh hasil kerja aku dan finalize result.
Sebab aku nak selesaikan cepat-cepat kerja aku ni.
Supaya aku boleh teruskan agenda yang aku rancang.
Dan aku tak nak masih terusan begini.
Aku mahu membina kehidupan baru. Kehidupan yang lebih terjamin dan ada matlamat.
Kehidupan yang buat jiwa ku lebih tenang. :)
Orang kata, bila tenang carilah PenciptaMu. Ya, itu benar dan tidak syak lagi.
Tapi ketenangan yang aku inginkan ialah......sesuatu yang lain dari apa yang aku alami sekarang.

Yeah.
Semalam aku bawa Leen pergi membeli-belah di kedai susu ibu.com.
Dah lama dia teringin nak ke sana memborong keperluan Meisara.
Katanya kalau pergi dengan incik suami tak boleh lama-lama. Incik suami siap pijak lagi kaki dia supaya jangan beli barang banyak sangat. Muahahaha.
Aku layankan aja dia sebabnya lepas ni dia tahu jalan nak ke sana. Kalau dia nak pergi dengan Incik Suami lepas ni dah senang.
Aku sokong dengan apa yang mereka(pengasas & pekerja kedai) usahakan dalam membantu ibu-ibu memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Bila masuk dalam kedai tu macam-macam perkara aku belajar. Pelanggan datang satu persatu menceritakan masalah penyusuan dan keperluan bayi. Yang terdetik dalam hati aku satu perkara ni.
Agaknya macam tu lah mak aku dulu. Susah payah mencari dan menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Dan aku teringat kata orang, bila kita sudah merasai pengalaman membawa satu nyawa melihat dunia...kita sedar betapa BESARNYA jasa ibu pada kita. Bukan maksud aku sebelum ni kita tak sedar-sedar. Tapi bila dah rasa pengalaman bersalin tu, touching kat mak kita tu lain. Dan masa tu..memang kita janji sungguh-sungguh tak akan sia-siakan mak yang dah susah payah jaga kita dan beri yang terbaik.


1 comment:

  1. macam mana plak u yang bleh bawak mak orang gih kedai ibu2?curios!

    ReplyDelete