1. Hari ini mengalami sakit kepala sebelah yang kritikal sampai meeting habis.
Penyudahnya ambil ponstan yang tak pernah ku ambil. Balik rumah sekejap dan tidur dalam tempoh 1 jam sebelum kembali masuk ke ofis. Dan...rupa-rupanya dengan senang hati aku meninggalkan 2 orang research team dan puan pengarah meneruskan kerja mereka semasa lunch hour. Adeh, seharusnya junior researcher macam aku tidak patut begitu. Haruslah aku menyertai mereka menyiapkan minit mesyuarat tadi dan research proposal programme. T_T. Balik sahaja dari lunch terus menyertai mereka. Dan puan pengarah yang adorable itu pun berkata " kami kehilangan anda tadi dan tercari-cari ke mana anda pergi." Pergh! Kakak berdua itu dah gelak-gelakkan aku. Dengan senyuman yang manis-manis kelat aku pun berkata " Sorry, I wont do that again. Saya balik rumah kejap." Puan pengarah balas "never mind, later u have to tell us mana u pergi, ok. You masih dalam orientasi ni. " Haha. Psiko betul la. Masa meeting tadi pun jadi typist kejap menaip content research proposal do hadapan research team yang semua senior. Terlalu senioriti! Mahunya tak cuak tambah pendengaran gua ni kurang jelas sedikit. Puan pengarah siap berkata, inilah masa kami nak assess orang baru macam awak. How sweet she is! Ini bukan sinikal eh. Tapi dia memang sweet walaupun orang complaint dia banyak cakap dan tak tahan tunggu dia bercakap tapi gua suka. Berbalik pada sakit kepala tadi, jujurnya jarang alami sakit begitu. Kurang pasti ia adalah migrain atau sakit kepala saja. Sebelum ni paling teruk pun ambil pneufamol. Masa drive balik rumah pun badan dah jadi seram sejuk dan rasa nak muntah. Tapi cekalkan hati bawa kereta sampai rumah tukar baju sapu minyak dan terus tidur. Alangkah nikmatnya.....
2. Satu tanggungjawab yang terlalu besar untuk aku pikul bila masuk research centre ini. Bila puan pengarah tanya pendapat aku sepanjang berada di sini aku beri jawapan secara general. Challenging. Interesting. Banyak perkara yang aku boleh apply di sini based on my knowledge and skills. Dan di sini, bukan setakat aku belajar untuk aplikasikan ilmu yang aku ada sebaliknya telah diberi peluang untuk belajar ilmu yang baru dan kami adalah perintis terhadap ilmu tersebut. Aku tak sangka sebegini cerah peluang yang diberi. Dan aku menanti bulan 4 itu dengan penuh debaran. Balik saja terus setup lab dan mulakan research. Perkataan yang selalu diungkapkan ialah " apa yang u buat ini adalah untuk m***i dan negara". Ya Allah berilah aku kekuatan dalam melalui perjalanan ini dan menghabiskannya dengan sebaik-baik yang aku mampu lakukan.
3. Rentetan peristiwa bulan 4 yang akan tiba aku kerap ditemukan dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan peristiwa bulan 4. Misalnya yang ini, aku ambil dari blog seorang cik phd
"Bukanlah tinggal tetap itu rehat bagi orang yang berakal dan berbudi, Maka tinggalkanlah kampung halamanmu dan pergilah mengembara, Merantaulah! Pasti akan kau temui pengganti mereka yang kau tinggalkan dan berusaha keraslah, Sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada dalam usaha yang bersungguh-sungguh, Sesungguhnya aku melihat air menjadi cemar kerana tidak mengalir, Andai ia mengalir, pasti elok keadaannya dan andai ia bertakung, nescaya cemar jadinya.."dari imam Shafie. Rasa nak menitis air mata bila baca ayat-ayat ini. Bertebaranlah kita di bumi Allah dalam mencari ilmu. Banyak jugalah kata-kata perangsang yang aku baca melalui pengalaman mereka di sana. Dalam erti lain banyak menyebut bahawa bila berada di tempat orang kita jadi lebih kuat dan pergantungan kita pada Allah SWT sahaja.
4.Yeay! Esok pergi picnic dengan budak-budak lab bawah masa di in*bio*sis. Konon farewell party untuk Has yang nak pergi Ireland. Haha, so sweet!
No comments:
Post a Comment