Saturday, January 9, 2010

Usaha, Don't Give Up

Tengah hari semalam lunch dengan Kak S. Lama sangat tak jumpa. Kak S satu research group dengan aku di bawah SV yang sama. Bezanya Kak S buat PhD. Sungguh banyak cerita menarik pasal research dan of courselah pasal SV kami yang dia jumpa sebelum jumpa aku. Ada satu berita yang buat aku terperanjat. Serius! Sungguh masin mulut orang itu. Tetiba jadi kenyataan. From A to Z aku update cerita pasal aku dan from A to Z juga Kak S update cerita pasal dia. Yeah, aku tumpang gembira dan bangga dengan Kak S sebab dalam tempoh 3 tahun dia buat PhD macam-macam perkara dia achieve. Kak S banyak masuk pertandingan reka cipta. Bermula dari peringkat universiti hingga antarabangsa. Dan menang eh, Gold and Bronze. Dari Malaysia berjalan ke Brussels dan sekitar Europe membawa prototaip kajian yang dia lakukan.
Banyak benda yang aku belajar dari cerita dia:

1. Kita tak expect kita akan dapat yang terbaik. Tapi kita cuba mencari jalan dan berusaha mencapai yang terbaik. Bila orang dah bagi peluang untuk pergi jauh, gunakan peluang tu sebaiknya. Misalnya, Kak S dapat masuk Eureka tu bila UiTM offer diorang ketengahkan prototype yang menang di peringkat universiti bawa ke peringkat antarabangsa. Aku salute juga dengan UiTM, walaupun bukan research uni tapi dia encourage staff untuk masuk peringkat luar bersaing dengan orang luar. Kak S kata masa kat sana research uni kat Malaysia ni tak ada pun hantar peserta. Mungkin diorang lebih selesa dengan status research uni dan duduk je dalam malaysia ni buat research diam-diam. Haha.

2. Jalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Make sure kerja kita, kita buat. Kita hantar dah pada SV. Kita update selalu. Dia nak balas ke tak. Dia nak jumpa ke tak. Itu tanggungjawab dia. Yang penting kita sudah jalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Sebabnya ada di kalangan pelajar bila SV dia buat dek, dia pun buat dunno. Mana boleh macam tu.

3. Dalam research tak boleh terlalu bergantung harap dengan orang tertentu. Cubalah cari member yang lain. At least bila stuck kita dapat solution tu. Nanti buat paper tulis nama sama-sama. Esok dia susah kita pula yang tolong dia. Tak rugi kan. Untung lagi ada. Sebab ada setengah orang dia berkira. Kadang-kadang dia anggap kalau dia tolong orang atau berkongsi ilmu dengan orang dia takut orang tu over shadow atau lebih dari dia. Hello, come on. Rezeki di tangan Allah.

4. Kena pandai tackle audience masa buat presentation. Macam Kak S kata subject matter prototype dia dari buah-buahan. Jadi dia studi pasal local fruit Malaysia yang establish kat Brussels. Tak silap aku Belimbing Besi. Jadi bila diorang tengok, dia impress dan interested to know pasal research tu.

Insya Allah, dalam hidup ni kita kena kuat semangat. Bila kita dah aim sesuatu kita kena usaha untuk berjaya. Susah memanglah. Kadang-kadang halangan memang tak terduga. Yang penting kita usaha dan jangan mudah mengaku kalah. Tapi itulah, kita usaha dan doa. Allah tu tahu kemampuan kita dan Dia akan beri. Cuma cepat, lambat atau ganti dengan yang lain...yang lebih baik. All the best untuk kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment