Thursday, January 21, 2010

You give me the same reason like yesterday ..so tell me what her name

1. Masuk hari ni dah hampir 4 minggu kat mardi tapi email I masih tak siap lagi.
Huk aloh. Bila I call tak ada siapa yang angkat. Haruslah I merungut-rungut dalam hati kecil. Email itu sangat penting sebagai urusan rasmi. Dan haruslah untuk I daftar segala perkara yang melibatkan pemergianku ke sana bulan 4 nanti. Kalau lambat daftar macam-macam boleh jadi. Aish~ surat dah keluar. mardi lepas tetiba jpa lambat lepas. Tak ke naya macam tu. Minta dijauhkan. Yang pasti dari 6 bulan jadi 8 bulan. But need to clarify back this thing. Supposed I come back here on 17th October but the latest letter from DLM write I will back on 6 Nov T_T . Kak Y dah gelak-gelak tengok surat tu. Puan boss lagi suka aku lama-lama di sana. Haha. Tadi aku tunjuk surat pada Ast Puan Boss (APB). Then she said will clarify with Puan Boss later. Masa aku face two face dengan APB dia macam ok je. Soft spoken orangnya bila cakap dengan aku. Dan aku paling suka bila APB kata, it's ok if u think u don't have enough time to commit with M's project...Yeay! Hatiku berlagu girang. but..." i need you to help me set up cmdv lab" gulp! T_T patutla dia tak kisah kalau aku fokus kat satu projek je. Haha. I don't mind sebab cmdv tu pun lab aku juga. Bukan aku nak escape dari commit project si M tu. Cuma aku bila bab functional genomic tak berapa nak sangat. Demand kan..padahal junior lagi. Haha. Tapi boleh je aku tolong..but plz bukan programming. Mahu stress gua.

2. Hari ni email pada my SV tentang research collaboration. Ya, la apa-apa hal pun I need to tell her buat apa, guna student dia...guna pipeline or tools yang dah ada kat my lab dulu..itu la gunanya ada satu kaki bioinfo kat mardi. Network berkembang dan knowledge is spreading to others. Ngee~ Alhamdullilah, my SV is very OK with that. Dan, dalam email tu bila part ni I dah ketawa "mcamana kerja tempat baru? kerja rajin2 dan baik2...nanti ada rezeki, bolehlah jadi boss bioinfo kat situ. Saya doakan..." Bukan apa, I tak sangka my SV akan tulis macam tu~ jadi boss. Hihi. Jadi pengarah terus Dr. Kat sini tak ada ketua department. Walau pun kadang-kadang me and my SV ada misunderstood, konflik..tapi ya lah, benda tak elok buat apa nak makan dalam. Baiklah kita teruskan perkara yang baik. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula student dan SV. Ok tak perumpamaan tu?? Haha. I aminkan apa yang Dr sebut. Apatah lagi doa seorang gurukan. Berkat itu penting! Eceh. Ok lah, i nak sambung tulis email pada my SV sebab tak reply lagi email dia.

Bye! Semoga kita cemerlang dan bahagia selalu :)

No comments:

Post a Comment