Friday, February 12, 2010

Bright SIde

Hai everyone :)

Sungguhlah effect bila menerima sms dari si dia. Lalu hari kita akan bermula dengan riang dan segala yang terbentang di hadapan baik positif atau negatif dilalui dengan senyuman. Wah! Hebatnya penangan cinta. Apakah? Pepagi Jumaat buat ayat jiwang kan. Btw, sentap juga pagi ni sebab tetiba aircond tak berfungsi. Masalah betul dengan bangunan sini. Well, apa pun research kena jalan juga.

Semalam jumpa dengan Kak Na, my insurance agent. Selalu bila jumpa dia sekali dengan adik Kak Na yang merangkap kawan aku. Tapi semalam kami berdua saja. Secara peribadi bila jumpa berdua kami lebih close to talk about personal. Kak Na ok je bercerita apa-apa saja. Before ni kalau jumpa dia tak cerita sangat hal-hal peribadi. Mungkin bila dengan adik kita susah sikit nak buka kisah peribadi. Aku akui. Aku dengan adik aku pun jarang buka hal personal. Lebih pada hal family, study dan kawan. A lot of things I learnt from Kak Na. She had been in my shoes before so she well understand my situation right now. Banyak jugalah nasihat yang Kak Na berikan dan buat aku berfikir-fikir balik. Kak Na pun cerita apa yang dia alami masa dia buat umrah. Apa yang dia dapat sekembalinya dari sana. Kadang-kadang dalam hidup ni bila kita dapat sesuatu kita akan lepaskan sesuatu. Itu aku tak nafikan. But I take it on the bright side.

Ok, chiao. Happy weekend and have fun. Cuti kan panjang. Me too, I cant wait to stay at home sweet home :)

No comments:

Post a Comment