Tuesday, February 16, 2010

Kenangan

Tadi habiskan iron baju yang nak dibawa pulang esok hari. Kepanasan la pulak. Nampaknya kena sejukkan badan kat hall mengahadap ekon. Lepas tu baru naik atas dan zZzzZ! Sementara tunggu badan sejuk, kulayan dulu FB. Tetiba ternampak gambar kenangan masa kat 1st college dulu. Pujie merangkap suami roommateku Ain (~erk very the detail ye) yang upload gambar kenangan zaman muda. Oh tuakah kami tika ini? Ye la kot. Diorang anak dah dua. Wakakaka. Rata-rata kawan aku yang kahwin lepas setahun habis belajar anak dah dua atau nak masuk dua. Bila baca komen diorang ni memang betul-betul buat aku teringat zaman universiti dulu. Haha. Zaman gonjeng. Macam-macam nak cuba.

1. Kenangan bukit cinta.
Bukit tu area A.I. Malam-malam kalau dengar Azda aku bonceng dia. Azda rempit. Kami ambil angin malam sambil lihat bulan dan bintang. Chewah! Kalau dengan gang kolej- Ain, Lina, Sha, Zian, kami lalu je lepas tu masuk simpang A.I dan studi kat library diorang. Haha. Rajinlah konon. Tapi sungguh, dulu kami kalau boring study kat main library kami datang study kat library AI. Orang tak ramai. Ala, lagi pun masa tu budak-budak AI kan suka study dalam surau dan masjid. Haha. Pepandai je ko eh. Betullah. Cuba korang ingat betul-betul.

2. Blok C bilik 305.
Pergh! Aku ingat lagi nombor bilik yang pertama duduk masa di 1st College dengan Ain. Agak-agak Ain ingat ke nombor bilik tu? Haha. Saja nak buat Ain jiwa. Blok C satu-satunya blok yang biliknya untuk 2 orang. Seperti biasa, aku tak boleh hilang la perangai sk*deng. Haha. Macam terbawa-bawa pula sejak dari sekolah. DIsebabkan kami menghadap hadapan kolej, memang boleh nampak siapa-siapa yang lalu. Orang dating malam-malam kat bawah pun kami boleh nampak. Hihi. Btw, aku memang suka blok C. Dan rupa-rupanya kami generasi terakhir yang menghuni blok tu. Sebabnya blok tu jadi blok lelaki. Huhu.

3. Parking belakang.
Tu port paling best nak dating. Ye ke? Em, tapi biasa ramai orang dating kat situ sebab drop atau hantar kekasih hati. Aku pun pernah gak. Wakakaka. Port tu boleh cover line sebab orang jarang lalu lalang. Kalau kat depan open sangat. Ada kenangan kat situ. Aku dengan Ain sk*deng Lina yang tengah dating dengan bf dia masa tu. See, aku sk*deng lagi. Tak senonoh betul perempuan neh. Haha. Masa tu 1st year. Lina suka rahsia pasal bf dia. Entah macam mana lepas balik makan kami pakat dengan Ain intai Lina tepi tangki air sebelah penyidai betul-betul mengadap parking. Sekali silap langkah bercalar kaki aku terlanggar apa ntah. Hihi. Padan muka.

4. Burger dadah.
Yummie. Most favourite antara kami berlima. Cuma Zian kurang sikit. Naik BGA Ain pergi order. Lepak tepi gerai sambil tunggu burger siap. Ramai orang seh. Ain ada skandal dengan abang jual burger tu. Haha. Sebab tu kadang-kadang kami dapat diskaun. Tapi bila abang tu tau Ain da ada Pujie, terus patah hati. Haha. Kidding je. Tapi yang pasti burger abang tu memang sedap dan teruja nak makan lagi. Sebab tu kami panggil burger dadah.

5. Nasi Lemak DTP.
Kah kah kah. Sama ada Selasa atau Khamis mesti ada hidangan nasi lemak masakan makcik DTP yang merbeles. Pepagi yang ada nasi lemak semangat je. Lepas tu kira ok la makan banyak pun sebab lepas makan pergi kelas jalan kaki meh. Rentas tasik um ke fakulti sains. Gigih. Sebab tu dulu kurus. Haha.

Sebenarnya banyak lagi kenangan. Tapi badan aku pun da sejuk so nak chiao dulu. Mau masuk tidur. Ok nite semua. Babai.

No comments:

Post a Comment