Tuesday, February 9, 2010

Random Stories II


1. Penonton Setia Cerita Cina Jam 7pm
Yezza. Dah 2 minggu aku ikuti drama Cina kat NTV7. The Ultimate apa ntah tajuknya. Ingat sekerat. Drama ni bercorak kepolisian dan yang pasti memang gua suka tengok. Jalan cerita yang menarik. Biasalah kalau siapa yang memang minat tengok drama Cina akan suka jalan cerita mereka yang pelbagai. Sari kata drama Cina memang skema. Tapi ku suka je ayat dia orang sebab ada yang boleh jadi motivasi. Haha.Dulu TV3 pukul 6 ada drama Cina. Aku dan adik-adik jadi penonton setia. Sekarang TV 7 dan TV 8 yang ambil alih drama Cina.

2. Balik lambat
Buat pertama kalinya I balik lambat dari ofis. Ngee~ Siapkan minit ceraian untuk research. Aku, Kak H dengan Puan Boss II. Suddenly Puan Boss I masuk dan menyertai kami. Perbincangan makin hangat. Dan sesi pujian bermula. Maka kembang kempis la kami. Huu~ Tapi aku anggap itu sebagai satu motivasi diri untuk terus bekerja dengan lebih gigih dan tekun. Insya Allah. Yang pasti tanggungjawab yang dipikul ini adalah satu amanah. Dulu aku selalu pesan kat adik-adik permata pintar, jangan sia-siakan peluang yang ada dan gunakan peluang itu dengan sebaiknya. Maka, haruslah aku juga mengotakan apa yang aku katakan. Aku bersyukur kerana ditemukan dengan boss-boss yang brainy, berdedikasi dan penuh semangat. Bermula dengan my SV yang buat PhD dan pada masa yang sama dia melahirkan 2 orang anak di Glasgow. Beliau juga habiskan studi tepat pada masanya. Kagum dengan kesungguhan dan ketabahan my SV. Walaupun ada famili tapi berjaya juga habiskan PhD on time. Sama juga dengan Puan Boss I yang ada 5 orang anak dalam usia yang muda. Dan pada masa yang sama dia boleh cope dengan studi dia di luar negara. Puan Boss I seorang yang workholic, brainy dan beauty conscious. Kalau korang nak tahu dia suruh aku kuruskan badan. Katanya aku gaining weight T_T Itu tidak syak lagi. Hihi. Sebenarnya terharu bila dia concern. Puan Boss II juga sangat workholic. Bangun 2am setiap hari menulis chapter utk book publication. International publisher lagi. Tadi Puan Boss II ceritakan dan beri tunjuk ajar bagaimana dia menulis. Sebagai sebuat pusat penyelidikan, kajian dan penerbitan adalah sangat penting. Pergh! Memang aku kagum lah dengan ketekunan Puan Boss II. Sampai sekarang dia masih bekerjasama dengan ex SV PhD dia nak buat books publication tu. See, bagaimana my bosses berjaya dalam karier. Oh, mereka menjadi inspirasiku.

3.Call
Tadi call Aaina. Update cerita. Dia nak kahwin dah hujung minggu ni. Em, sekarang apa yang Aaina pernah alami masa dulu aku tengah rasa sekarang. Jadi Aaina je la yang faham apa yang aku rasa apabila berkawan lelaki yang sangat gila kerja. Kalau aku cerita pada kawan-kawan perempuan yang lelaki dia normal, em..susah la dia orang nak faham. Kadang-kadang buat aku down je. Aku faham dia orang nak nasihatkan aku. Aku terima. Tapi hanya orang yang pernah mengalami apa yang aku alami saja faham situasi ni. Mujurlah dulu aku dan Aaina pernah sebilik, jadi aku rasa jugalah tempias pengalaman Aaina dengan Tab. Pernah jugalah Tab hilang berbulan-bulan sebab kerja. Alhamdullilah akhirnya mereka ke jinjang pelamin :)Oh ya, KC Huda pun sama. Aku mempelajari dari KC Huda ciri-ciri lelaki not sweet talker. Haha. Thanks kak, bagi I semangat.Kesimpulannya hanya mereka yang pernah merasai pengalaman seperti aku memahami apa yang aku rasa tika ini.

No comments:

Post a Comment