Phew! Lamanya tak update blog. Okeh, kita cerita satu-satu.
1. Kerja Kawen
Hampir seminggu adik ku bergelar puan. Letih weh, buat kerja kahwin ni. Walaupun bukan watak utama sebaliknya watak sampingan tapi aku dan adik-adik lain adalah tonggak utama. Miaahaha. Bukan apa berkejo ke sana sini. Sepupu semua kecil-kecil lagi. Makcik-makcik pun dah keletihan sebab dah seminggu tolong mak bersiap. Kira aku dengan adik-adik cover la kerja diorang masa hari kenduri. Apa pun kenduri adalah meriah! Ramai orang datang sampai door gift tak cukup. Lauk pun ngam-ngam habis. Cuma cendol je aku tak dapat rasa. Yang pasti aku jadi banker, tolong mak dengan ayah kaut duit. Haha. mr apprentice tanya berapa interest dapat. Interestnya..cukup la duit untuk kita pergi honeymoon nanti. eceh. tak tahan sungguh ayat itu. Tapi tadi aku telefon opah tanya kira balik modal juga la. Di samping pengantin yang glamor, kakak pengantin juga tidak kuranglah hotnya. Dan as usual aku bersedia menjawab segala pertanyaan dari saudara mara dan sahabat handai mak ayah. Well, aku kan cool! Haha. Okeylah enjoy the pic ya!
2. M*ar*di 40 tahun
Masuk je ofis terus ada sambutan M*ar*di 40 tahun. Aku pun macam lemau je nak masuk kerja balik. Biasalah dah seronok bergembira di kampung dengan sepupu-sepupu. Yang pasti target minggu ni nak siapkan Gene Chip. Alhamdullilah tadi petang aku dah siapkan. Esok harap ada meeting dan aku nak close research ni. eceh. Sesuka hati je aku nak close research Puan Boss II. Ok back to the topic. Sambutan ni sederhana tapi bagi aku banyak manfaat bila dengar ucapan dari pihak atasan. Yang pasti mereka target officer baru menjadi pakar dalam masa 10 tahun dalam bidang masing-masing. Dan mereka nak officer baru jangan duduk dalam zon yang selesa. Yup! Akan ku sahut cabaran ini. Dan kali ni, wakil biotek dapat anugerah saintis muda terbaik. Walaweh! Insya Allah suatu hari nanti impian akan jadi kenyataan. Walaupun bukan BT1 tapi Puan Boss I mampu tersenyum lebar. Apa pun kerja kita biarlah ikhlas bukan mengharapkan anugerah atau balasan. Kalau dapat..Alhamdullilah, itu rezeki. Yang penting kerja dengan ikhlas sebab nak tolong agama, bangsa dan negara. Kerja dengan elok bukan nak jatuhkan orang lain. Err, terkeluar topik plak. Apa pun hari ni aku bengang dengan Puan Boss II. Lantaklah, Allah je yang tahu segala-galanya. Mujurlah Puan Boss I jenis tak cepat melatah. Siap la ko Puan Boss II!
3. Aku dan mr apprentice
Well, ni masuk love story. Eceh. Tarikh nak fly semakin hampir. Huhu. Sayu je hati. Minggu lepas aku risau sangat dengan keadaan mr apprentice. Sekarang Alhamdullilah, nampak macam dah ok. Atau dia tak mahu cerita sebab takut buat aku risau lagi. Ofismate usik-usik aku nampak happy nak fly, happy nak tinggalkan bf. Ye la tu! Walhal dalam hati ni Allah je yang tahu macam mana perasaan aku. Adeh! Baru bunga-bunga cinta nak mula terpaksa berjauhan. Tak pe-takpe anggap je ini pengorbanan dan dugaan. Anggaplah apa yang kami lalui sekarang akan memberi kemanisan pada kami suatu hari nanti. Insya Allah..
sayang bf tinggal-tinggalkan.i rilek ja-i tipu!!tetiba i homesick.eh,i lovesick.haha.
ReplyDeletei suka u punya statement ni. haha. pepatah baru from KC. sayang bf tinggal-tinggalkan.... uwaaaa. i pong lovesick.
ReplyDelete