Terus tak ada mood bila tengok kemeja esprit kesayangan ku koyak akibat mesin basuh!
Waaaaaaaaaaaaaaa! Geram. Geram. Geram. Dah la warna pink, pastu aku jarang pakai. Sekali....grr!!!!! Sedih sekali rasa hati. Em, anggap je la tak ada rezeki. Tapi aku sangat kecewa sebab aku nak kumpul koleksi baju esprit. Sekali dah kurang satu!
Pernah tak korang ada perasaan ni?
1. Selama ni setiap minggu baca 3, 4 jurnal untuk kerja penyelidikan. Sebelum tidur baca, selepas subuh baca. Sekali tiba-tiba korang tinggal rutin tu. Bukan setakat 3, 4 jurnal dalam seminggu..korang nak baca satu jurnal dalam masa 2 minggu pun payah.
2. Korang tengah fokus neh. Baca jurnal, studi slide..siapkan nota. Tetiba ada la orang mengajak bersembang. Dok cerita macam-macam. Dah pakai ear phone neh. Dengan harapan orang tu faham kita tak nak diganggu. Lepas tu dengan harapan juga kalau kita tak layan dia mungkin dia anggap kita tengah kusyuk dengar lagu.
Itulah perasaan yang aku alami sekarang. AKu rasa tak sedap betul bila tinggalkan rutin baca jurnal tu. Perasaan resah gelisah. Rasa tak sedap hati. Jadi aku telah berazam mulai minggu ini aku akan mula kembali rutin tersebut di DLM walau pun bulan Mei ni banyak melibatkan bahagian teknikal.
Perasaan kedua..adoila. Aku memang bengang, rimas, stress. Dah la banyak benda nak cover. Boleh pula dia ajak kita bersembang. Sekarang kan masa training. Gunakan masa terluang yang ada. Em, cover balik mana-mana bahagian yang tak pernah belajar. Baiki balik skill yang dah lama tinggal. Aku rasa sengal sungguh. Mr a kata...buat-buat ngantuk bila dia ajak sembang..lepas tu dia mesti blah. Em, karang aku juga yang mengantuk! Tapi tak apalah, sekurang-kuranya dia bagi solution. Betoi tak Cik Cibil? Daripada dia kata sabar je laa. Hihi. Aku setuju dengan pandangan CIk Cibil. Jiwa juga kalau bila kita minta pandangan dia bagi ayat..sabar je laa. Nasib baiklah tak dapat ayat macam tu. Tapi hari ni aku nak merajuk dengan mr a sebab dia tak balas lagi email aku!
Kadang-kadang aku terfikir how beautiful bioinformatic is..bila u rasa fed up dengan programming part..u boleh jump tu biological analysis..bila u rasa mata dah berpinar analisis data...u boleh turn balik pada programming part. Aku sendiri wondering macam mana otak aku boleh buat 2 partition bahagikan bab biologi dengan komputer. Banyak dow kena cover. Hopefully RAM aku neh sentiasa mantap dan processor aku sentiasa laju supaya CPU aka brain boleh digest segala maklumat yang ada untuk bagi output yang superb! Walaweh..berjaya juga I buat metafora ini. Itu yang aku bengang bila orang kacau aku masa aku tengah membaca. Bayangkan ko kena cover 2 bahagian ddalam tempoh 6 bulan. 6 bulan tu adalah compressed projek master 2 tahun + Phd pprojek 1 tahun. Macam mana tu? Ala pandai-pandai la korang bayangkan. em..tadik Kak Di aka molecular biologist pun tolong berfikir sekali pasal hal ni..sampai dia kata..nanti adawiah kena bawa tilam bantal tidur kat lab. Wakakak. Em, tengoklah macam mana nanti..asalkan si dia sudi menemani I..I rela. eceh.
Okla. Nak pergi masak. Kejap lagi nak tunggu call dari mr a nak mengadu pasal baju yang rosak. Mana la tahu kotkot dia kirim sesuatu untuk ganti baju tu. hehe.
No comments:
Post a Comment