Tuesday, May 11, 2010

Entri Touching

Dalam kelima-lima orang adik beradik..aku lah yang paling degil sekali, paling banyak karenah, paling banyak nakal.
Tapi aku tahu...aku lah yang paling mak dan ayah sayang. Hoho.
Ini bukan entri angkat bakul ye.
Itu cerita lama. Tapi sekarang tak lagi.
Bila dah besar macam ni dan dah ada tanggungjawab...cerita dah jadi lain.
Aku sayang mereka melebihi segala-galanya. Walaupun aku tak pernah show off melalui perbuatan dan kata-kata..hanya Allah yang tahu apa yang terkandung pada setiap genap sudut hati aku tentang mak dan ayah.
Aku sentiasa buat dan inginkan yang terbaik..bukan untuk buat mereka bangga..tapi aku nak mereka tahu yang selama ini apa yang mereka ajar..tak pernah aku sia-siakan. Aku nak mereka tahu apa yang mereka didik pada aku selama ini sentiasa tersemat dalam hati aku. Kerana perkara-perkara itulah asas kepada apa yang aku ada sekarang.
Apa yang aku ada sekarang ni pun aku tahu tak terbalas untuk apa yang mereka dah curahkan selama 27 tahun ni.
Jadi apa yang aku mampu ialah menggembirakan hati mereka...dengan cara lain. Balik kampung selalu, call selalu, caring n jaga adik-adik. Doa mereka sentiasa ada selalu dalam hati aku. Sebab tu dari awal lepas habis sekolah..aku dah set up my mind tak nak pergi jauh dari mak ayah. Kalau boleh biar dekat selalu supaya senang aku nak pergi dekat dengan diorang. Alhamdullilah..Allah makbulkan.
Untuk mak dan ayah..terima kasih untuk segalanya...

No comments:

Post a Comment