Sejak akhir-akhir ni akak-akak aku ni selalu bincang pasal hal kahwin.
Subjek utama haruslah aku kan memandangkan aku yang single kat sini.
Tersipu-sipu aku jawab pertanyaan dia orang.
Sape lah yang tak nak kahwin kan..suatu hari nanti aku akan kahwin juga.
Biarlah aku selesaikan satu persatu tanggungjawab ni. Kemudian, rezeki tiba..kahwinlah aku.
Sebagai orang yang berpengalaman macam-macam hal kahwin diorang cerita.
Aku dengar dan komen sikit-sikit. Pada aku..kalau ikutkan hati..aku nak kahwin simple je. Tak payah tunang. Merisik day, sebulan lepas tu kahwin. Lepas tu aku tak nak benda-benda complicated..hantaran bagai yang penuh barang mewah dan berjenama. Ikutkan hati aku nak kahwin kat luar negara. Ikutkan hati juga aku nak kahwin senyap-senyap je. Hoho. Sorry ye kawan-kawan. Entahlah...kepala otak aku ni lain sikit. Mungkin sebab aku terlalu fikir pasal kerja menyebabkan aku anggap bab kahwin ni aku nak buat seringkas yang boleh. Ikutkan hati.....Tapi aku tahu memang tak boleh ikutkan hati punya sebab aku ni ada mak ayah. Ada opah atuk. Mahu bising 20 hari 23 malam bila tahu aku punya jalan cerita macam tu.
Bagi aku life lepas kahwin tu yang lebih penting. Sebab tu aku plan nak build up my family kat luar negara. Raising my kids dengan education di sana. Insya Allah ada rezeki buat PhD ..ke sanalah aku nanti. Semua tu perancangan, kita berdoa dan Allah yang menentukan. Masa buat PhD memang kena kahwin dulu. Hoho. Aku dah rasa macam mana sunyinya sekarang bila ko sorang-sorang. Balik lab, masak, buat kerja sikit, tido. Itu la rutin hari-hari. Ko nak meroyan..nak cari tempat mengadu pun kena tengok waktu. Waktu dah la beza 12 jam. Aku yang mampu telefon opah aku je. Sebab waktu malam kat sini adalah waktu kerja orang Malaysia.
Untuk orang yang bakal berkahwin~ selamat pengantin baru in advance..semoga bahagia melayari bahtera baru yang penuh cabaran.
No comments:
Post a Comment