Ku sedih..bila call orang tak angkat. urgh!
Okeh stop.
Hujung minggu lepas pergi Sorel Tracy. Dalam 1 jam 30 minit dari Montreal. Pergi gamble dengan guna GPS manual. Apa lagi peta lukis sendiri dengan instinct ler. What a peaceful town! Mostly warga emas tapi diorang sangat nice. Kami jadi tumpuan sebab visitor dan pakai tudung. Ada la beberapa orang yang tegur tanya dari mana dan buat apa kat sini. Ada sorang aunty tu bersungguh-sungguh bersembang dengan bahasa french dia. Kami pun angguk-angguk dan cuba faham. Yang best dia suka tengok tudung yang aku pakai. Colourful katanya! Ahak~ Mula-mula dia ingat kami orang Pakistan. Aiseh~ Kat sini tak de sorang pun yang tegur kami ni orang Malaysia. Banyak yang ingat dari Indonesia, Pakistan dengan Filipina. Oh ye..kecuali mamat tim huton tu yang ingat teka aku ni orang Malaysia. Hihi. Yang tu ada cerita best juga. I story lepas ni. Kat Sorel Tracy ada port. Angin bertiup sepoi-sepoi dan kebetulan semalam hari yang cerah. Jadi ramai yang picnic dan tanned kan kulit. Warga emas kat sini sangatla loving couple. Jalan berpimpin tangan. Sampai baju yang dijinjing di tangan pun pegang bersama. Jarangkan kita tengok kat Malaysia. Kat sini barang lagi murah dan kami borong coklat yang memang made in Canada. Kalau kat down town..harapla nak jumpa. Aku rembat 3 toys untuk my cousins. Harga pun best. Hopefully diorang suka especially untuk Adam.
Ku dah ada minat baru. Kumpul pyrex dan corelle. Habisla gua macam ni. Serius kat sini suka beli kitchen stuff. Macam kena sewa kontena je balik nanti. Mak dan makcik aku pesan..belilah untuk diri sendiri nanti tak menyesal di kemudian hari. Hahaha. Fyi, pyrex dan corelle di sini sangat murah berbanding harga di Langkawi. Em, aku pun fikir belilah untuk masa depan. eceh. Shipping lebih pun tak apa lah sebab rasanya lebih berbaloi berbanding beli kat Mesia. Yeah~ nampak gayanya ku memang shopping kitchen stuff kat sini berbanding other stuff.
Oh ya mamat tim huton tu tegur masa aku beli cuppcino hazelnut yang yummy. DIa bagi salam. Terkejut gua. AMbil order. Sambil tunggu order dia tanya , u dari Malaysia? Aku suprised. Yup. How do u know? I selalu nampak kat TV , that's why I boleh cam u from Malaysia. Sembang-sembang. Last dialog " I suka tengok u pakai tudung ni, " eceh. Hehe. Kembang kejap. Apa lagi..nampaknya hari-hari beli tim huton. Well, aku tak nak lah puji sangat orang sini. Tapi jujur aku kata lelaki kat sini sangat gentleman dan sangat appreciate ladies. Dia layan kita 1st class. Dengan senyuman..kata-kata..aduh.. Tapi ya lah..aku masih belum cair lagi. Haha.
No comments:
Post a Comment