Salam semua.
Manusia mana yang tak dilandai badai. Hidup mana yang tak ada dugaan. Itulah namanya ujian dari Allah SWT. 3,4 hari ni aku penuh tak keruan. Dek bukan kerana pengalaman yang mematangkan diri, mungkin aku dah meraung-raung di bumi Montreal ni dengan dugaan yang aku hadapi beberapi hari ni. Berjauhan dengan famili dan hidup sorang-sorang di bumi asing sangat mencabar. Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya hati.
Dugaan datang dugaan pergi. Alhamdullilah selepas beberapa hari aku dapat kekuatan tu kembali. Mak Su aku sms
"orang yang nak berjaya memang banyak dugaan..jadi banyak-banyakkan sabar" Ye, kelemahan aku ialah kurang SABAR! Tapi kali ni aku harus sabar, mintak sungguh2 dengan Allah SWT. Merayu sepenuh hati kerana aku lemah..dan tak berdaya dengan dugaan ini.
Godek-godek rancangan tv kat tv9 sambil tu tunggu buka puasa. Summer ni buka puasa jam 848 malam. Tapi Alhamdullilah aku berjaya juga harung puasa. Hasilnya berat pun turun :p Tapi niat puasa bukanlah untuk diet. Kurus tu sekadar bonus dari Allah. Ingatlah...kita hidup ni semata-mata mengharapkan redha Allah walau dalam apa jua perbuatan kita. Hatta..bila mendidik anak-anak pun kita buat semata-mata kerana Allah bukan hanya utk jadikan anak itu soleh dan pandai saja. Aku dapat ni lepas tengok Halaqah-Sentuhan Qalbu. Ustaz Harussani dan motivator ESQ bagi talk yang bertajuk Pohon Hati. Cubalah dengar bila kelapangan sebagai makanan rohani. Kadang-kadang..kita tak sedar kita ni jauh dari Allah..walaupun kita solat..tapi hati kita melayang-layang. Bila dengar makanan rohani ni..baru kita sedar..apa tujuan sebenar kita di muka bumi ni. Ikhlas, redha dan berkat.
Kita manusia mudah tergelincir. Bila muhasabah balik..baru teringat. Allah datangkan ujian sebab DIa sayang pada kita. DIa ingat pada kita sebelum kita tergelincir jauh..DIa sedarkan kita dengan ujian supaya kita kembali balik pada dia. Merayu-rayu dan meminta-minta dengan dia. Allah suka hambanya begitu.
Sekian..tazkirah minggu ni. Eceh. Aku tak pandai nak berkata-kata..tapi ni sekadar apa yang aku lalui dalam beberapa hari ni utk kita kongsi dan saling mengingati. Kerana kita manusia..An-Nas..mudah lupa. ..
Aku doa yang baik2 utk kau kat sna wahai sahabat. Bila down, harus ada entry gni kan. Utk nasihat diri terang2an supaya bole tatap 1 ari nnt & igt dlu kita penah down tapi sbb semangat tinggi kita bangkit. U take care darling.
ReplyDeletethanks bie. Insya Allah..kita boleh. cuma kdg2 kita tak yakin pada diri. semoga ko juga terus cekal menghadapi apa jua dugaan.
ReplyDelete