Thursday, July 1, 2010

Kenapa Saya Suka Menulis

Kenapa saya suka menulis?
Kenapa ye?
Sebab menulis itu adalah sebahagian dari terapi minda saya.
Menulis menjadi sebahagian dari cara saya menghilangkan rasa stress dalam diri selain dari mencuci bilik air dan mengemas dapur.
Tapi kalau tulis thesis apakah? Adakah ia terapi minda? hehe.

Oklah, apa yg aku cuba nak sampaikan ni sebenarnya. Btw, sejak akhir-akhir ni otak, minda dan jiwa tertumpah di makmal. Balik rumah hanya ada badan yang kepenatan. Dapat bantal letak je kepala terus tidur. Semalam lagi sadis. Letih otak. Lepas balik dinner makan poutin yang cheesy itu terus tidur tanpa mandi T_T sila jangan tiru aksi menambah kegemukan. Dalam pukul 10 malam baru bangun dan mandi. Paling best tak cuci muka ok. Sekian terima kasih! Serius minggu ni memang letih otak. Hati macam dah kering. Dalam jiwa ni tertumpah segala rasa untuk research saja. Poyo gile kan ayat ni. Tapi tulah hakikatnya. Bila balik rumah aku macam sedih. Kalau dalam lab aku happy buat semua kerja..sibukkan diri dari fikir benda yang serabutkan kepala. Lebih baik tidur. Tidur. Tak ingat apa. Bangun pagi penuh semangat pergi lab. Otak ligat fikir nak mulakan kerja apa setiap pagi. Otak jalan nak fikir research apa nak propose bila balik kerja nanti.

Semua orang kat DLM really concern bila aku tinggal seorang. Don't worry aku dah prepare mental dan fizikal untuk semua benda ni. No tears to drop. Just go through all the moments that u might not experience that again. Ye sila hargai masa dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Francis dan Guy dah macam my uncle. Francis siap suka kenyit-kenyit mata bila nak saying good bye time balik rumah. Francois dan Jonathan just like brothers to me. Yinyan dah macam mak...sangat caring. May be she misses her daughter kat US. Insya Allah everything will be ok. Dan aku tak tahu ntah berapa kali soalan yang sama ditanyakan pada aku how do u feel stay alone in Montreal. Btw, malam ni sebelum tidur aku akan fikir jawapan yang paling manis supaya diorang tahu aku happy selalu walaupun tinggal sorang. Insya Allah..aku akan happy dan rasa bahagia di sini. Aku ingin jadi gadis yang tenang-tenang dan baik-baik saja. Amin :)

Ok peeps! Have a good day! Ceria selalu ok!

2 comments: