Saturday, July 24, 2010

Nilai

Ada kalanya aku terfikir kenapa lelaki mudah lafazkan sayang dan mudah juga untuk dia katakan tiada lagi cinta pada perempuan. Memang macam siot kan. Maaf sedikit emosi di sini. Tapi betul what!
Tadi aku tengok petikan Imam Muda kat FB. Cik Cibil yang letak. Pasal kes rumah tangga. Mengucap panjang aku tengok. Semua kes tersebut adalah pasangan muda baya-baya aku. Kira dalam 25-30 tahun.Kalau tengokkan gayanya la. Siap cakap aku-kau lagi dengan suami isteri depan IM. Suami kaki pukul, pasal menantu Vs mertua, pasal isteri curang, pasal suami jarang ada kat rumah. Isk isk. Agaknya mana pergi objektif perkahwinan diorang sampai macam tu sekali jadinya. Ye, mungkin ini sebahagian dari ujian Allah pada diorang cuma diorang tak nampak dengan mata hati. Dan mungkin disebabkan kurangnya nila pegangan agama menyebabkan jadi macam tu. Aku ingat ada ustazah dan ustaz kat satu forum cakap seandainya kita berlandaskan agama dalam rumah tangga insya Allah selagi itu perkahwinan kita walau sekuat badai macam mana sekali pun kita dapat bertahan. Jangan salahkan sebab tak ada jodoh. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membetulkan keadaan bukan mengambil jalan singkat dengan terus meminta penceraian. Siap ada yang kata laki dia mati pucuk tu. Aduss.
Entahlah..aku mungkin orang yang tak layak untuk berbicara soal perkahwinan sebab aku tak kahwin lagi. Tapi yang aku faham perkahwinan itu adalah satu perkongsian hidup. Persefahaman itu adalah sangat penting antara kedua-dua belah pihak. Dan andainya hanya sebelah pihak saja yang put on effort untuk sesuatu benda memang apa pun tak akan selesai. Ya, perkahwinan muda mudi zaman sekarang banyak cabaran. Bergantung pada kita untuk berfikir secara rasional bila diduga. Aku selalu pujuk diri letakkan akal di hadapan bukan emosi yang menguasai diri.
Cakap mungkin senang sebab sendiri tak rasa kan. Tapi sebenarnya atas diri kita kalau dari awal kita letakkan matlamat perkahwinan kita untuk ke arah yang macam mana. Barulah di situ kita membentuk satu kehidupan yang harmoni. Agaknya orang sekarang kahwin sebab apa la ye.
230 am ni layan lagu Farah Asyikin sambil siapkan report begitu syahdu. Ok lah gua mahu tidur. Gud nite semua!

No comments:

Post a Comment