Betul le kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan luas pengalaman luas le ilmu yang dapat.
Hari ini aku turun St Anne, rumah Kak Yan seorang student PhD kat McGill MacDonald. MacGill ada 2 campus. Satu di downtown yakni dekat dengan rumah aku. Yang jauh tu di St Anne. 1 jam naik bas tapi sangat-sangat menarik pemandangannya. Sepanjang jalan adalah sungai St Laurent. Ada yatch club. Bot-bot penuh tepi sungai. Rumah-rumah tepi sungai macam little prairie in the house. Setiap rumah ada pelantar. Kalau nak swimming..gedebush terjun dari pelantar belakang rumah. Walaupun summer tapi still windy. Cuma yang aku tak tahan ialah kulit aku sun burn. Tak pernah sunburn masa kat Malaysia. Tiba kat sini kaki belang-belang. Kulit tangan jadi gelap. Adeh~ T_T
St Anne macam KingStone juga, pekan kecil yang aman damai dan tenang saja. Kak Yan kata rumah sebiji-sebiji kat sini nilai sebulan sewa dalam Canadian Dollar 1 Mil. Pergh! Jenuh beb nak bayo. KIra memang orang-orang kaya je la yang mampu beli dan sewa rumah sendiri yang ada kawasan lapang. Bot persendirian pun harga sekitar CD 1 Mil. Memang siapa yang duduk tepi sungai adalah orang kaya. Ni kalau pakcik aku yang duduk Bangi tu tengok confirm dia memang jatuh cinta kat kawasan ni, tepi sungai boleh fishing dan ada bot. Dia memang suka kawasan macam ni.
Aktiviti makan-makan ni disertai dengan kami, ada sorang staff F**D* dan sorang student MacGill yang memang setiap kali aktiviti makan-makan dia tak ketinggalan. Kesian dia tak ada gang. Bebudak lain dah balik Malaysia cuti summer. Tinggal dia sorang sebab this year final year kat Montreal. Rupa-rupanya F**D* ada buat investment dengan company kat sini. Diorang hantar 4 staff F**D* ke sini. Abang S sorang yang datang. The rest dah balik Malaysia cuti kejap. Serius Abang S sangat knowledgeable. Banyak aku belajar dari dia pada hari ni. Sambil tu kami layan Paraguay lawan Spain. Tak pernahnya aku nak layan WC sepenuh hati. Tetiba petang tadi layan juga sebab kat rumah orang kan. Kalau tak lain masa tu aku layan gitu-gitu saja. Kerja kat negara orang ni ada pro kontra dia.
Yang bagusnya diorang tak banyak birokrasi dan kuasa macam Malaysia. Top organisasi satu level. Kat Malaysia ni banyak-banyak level. Tu yang susah bila nak buat keputusan. Benda ciput pun nak tunggu sampai sebulan. Selain dari tu orang sini bekerja tanpa ada perasaan. Yakni diorang ni professional. Tak de nak emo macam orang Malaysia.
Apa yang Abang S cakap tu betul Aku rasa benda yang sama kat DLM. Klaus sini pun kata there is no bos here. Padahal dia tu bos. Maknanya dia treat orang semua sama walaupun ko store keeper sebab setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Janji ko buat kerja ko dan jangan kacau kerja orang. Buat kerja bagi siap. Orang area North America ni kerja memang rajin. Jenis nak kerja je. Tapi...ada tapinya..diorang walau pun rajin suka amik short cut. Beza dengan orang Jepun. Kerja sungguh-sungguh juga tapi diorang fikir jangka masa panjang untuk kerja diorang. Orang US ni diorang tak kisah panjang ke pendek ke..janji dapat cut short, make it simple dan kerja siap.
To be honest aku memang suka working culture kat sini. Kerja take it easy. No stress. Bos tak tekan orang. Bos jenis tak push. Tak ada perasaan dengki pada orang. Semua orang tahu kerja masing-masing. Jadi tak perlu nak jealous atas kelebihan orang lain. Bos bagi arahan pun anak buah ikut. Bos terima anak buah speak out. Kalau tak setuju cakap anak buah pun dia tak tolak bulat-bulat. Dia pandai tackle anak buah tu supaya realize apa kelemahan pada cadangan anak buah dan dia akan over come kelemahan tu. Itu style kerja yang aku tengok di sini. No wonder la lab manager aku happy bila kerja kat sini. Bukanlah aku nak tunjuk kelemahan pengurusan kerja orang Malaysia. Ada jugalah kelebihan dia. Kalau tak dah tentu aku kering kontang tak dapat elaun kalau staff kat kewangan tak efficient kan..ni aku still lagi dapat elaun on time. Cuma nak cerita sajalah budaya kerja baik yang boleh kita ikut.
Okie lah. Gua mahu tidur. Kepenatan seharian berada di St Anne. Ok peeps! Take care and chill ya!
p/s: i'm so blessed when many peoples concern with me of being alone in Montreal soon. don't worry everthing will be ok. i should thinking a nice answer when people asking me this kind of question 'being alone in Montreal'. so that they will know that i'm happy here. love u peeps!
Kau ada seorang survivor Ruby..I never have doubt bila ko ckp akan end up being alone there. Best of luck. Hadapi semua dengan senyuman ye.
ReplyDeletebie, ko pong strong pe. go go girl!
ReplyDelete