Baru je habis baca Travelog Haji: Mengubah sempadan Iman. Buku ni aku beli masa pesta buku yang lepas. Memang aku bawa sekali masa datang sini. Buat penenang jiwa dan pembuka minda. Sebelum ni aku dah baca Travelog Dakwah. Itu karya Prof K yang pertama aku baca. Bukan mudah seseorang nak mengaku kelemahan diri dia. Apatah lagi ketika pangkat dan harta sudah melilit diri. Tapi Prof K tak begitu. Dia mengaku dengan setiap kelemahan yang dia ada dan tanpa segan silu dia berkongsi dengan pembaca tentang perubahan diri. Buku dia sebenarnya bawa motivasi diri pada aku. Apatah lagi bila membaca Travelog Haji diri terasa ingin sangat pergi ke sana. Mungkin perlu mulakan dengan umrah. Bila tu? Tahun depan ada boleh? Aku ni duit bukanlah ada banyak selalu. Tapi kata orang kalau kita nak kan sesuatu tu kita usaha dan berdoa pada Allah. Tambah pula nak pergi sana kan. Bila dah ada duit aku terfikir pasal mahram. Nak ke sana kena ada mahram. Itulah..sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Kita pasang niat dulu, usaha dan berdoa. Insya Allah sampai masanya kita akan pergi. Aku teringat cerita Kak F masa dia pergi umrah. Dia pergi seorang diri. Tanpa mahram. Kastam Arab tu dah tahan siapa-siapa yang tak ada mahram patah balik pergi cari mahram. Kak F terlepas. Kastam Arab cop je passport dia. Begitulah kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Dan Kak F kata macam-macam pengalaman pelik dia alami semasa menunaikan umrah.
Aku dah jumpa balik drama Aku Terima Nikahnya. Karya ustaz abu hassan murad yang tulis novel Cinta Madinah. Novel tu pun dah diadaptasi ke drama. Tak ingat bulan puasa masa bila. Aku rasa masa tu aku di UM. Aku sebenarnya suka tengok drama berunsurkan Islam. Erma Fatima dan ustaz ni banyak buat drama macam tu. Aku harap ramai artis-artis kita buat drama berunsurkan Islam. Bukan apa, kita nak belajar ni macam-macam cara. Tak semestinya belajar agama tu dari buku saja kan. Dan bila tengok drama berunsurkan keislaman ni secara tak langsung kita muhasabah diri kita balik. Kita renung diri kita balik. Ini pendapat aku lah. Dalam drama ni Rozita Che Wan cantik sangggggggggggggggat bila pakai tudung. Dia bawa watak Sabrina seorang editor majalah yang masih single walau pun umur dah meningkat. Dengan loghat utaranya dia berlakon memang berkesan. Cerita ni adalah pencarian Sabrina dalam memilih lekaki sebagai teman hidup berlandaskan agama. Tapi aku suka satu pesanan ustazah dalam drama ni tentang istikarah. Masa ni Sabrina jumpa ustazah ni sebab tak tahu macam mana nak buat pilihan sebab dah macam-macam benda jadi kat dia dalam proses dia berkenalan dengan lelaki. ehem* pause kejap. macam cerita aku je. wink*wink*
..sandarkan diri pada Allah sebagai lambang hambaNya yang meletakkan keputusan segala di tangan Dia.....
Masa ni ustazah tu pesan pada Sabrina buatlah istikarah dalam apa jua keadaan sekali pun. Hatta dan pindah rumah pun minta petunjuk. Peristiwa ni ada terjadi pada zaman Rasullulah. Istikarah ni pun bukannya keluar dalam mimpi je. Dia datang dalam pelbagai cara. Gerak hati dan keyakinan kita. Aku rasa ni semua orang dah sedia maklum. Tapi yang aku nak kongsi di sini ialah tentang kita menaruh sepenuh keyakinan dan pengharapan pada Allah SWT dalam mencari petunjuk. Wallahualam.
Ramai orang tanya macam mana tinggal seorang-seorang kat sini. Aku jawab ok dan sunyi tu kadang-kadangrasa juga. Itulah jawapan paling ringkas yang tak nak bagi orang risau. Tapi sebenarnya Alhamdullilah ok. Meh aku cerita kat sini apa yang aku rasa bila tinggal sorang-sorang. Aku cerita sebab nak kongsi dengan korang semua bukan nak menunjuk atau mendabik dada. Pada aku apa yang aku tulis dalam blog ni adalah berkongsi pengalaman yang ada. Kita sama-sama belajar dari pengalaman hidup. Sikit pun tak ada niat nak menagih simpati atau menunjuk-nunjuk. Sebab hidup ni adalah pinjam-pinjaman. Apa yang ada ni semua milik Allah SWT. Yang buruk tu dari aku. Yang baik tu datangnya dari Maha Pencipta.
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
Ini aku bagi tafsirnya, nanti carilah dalam bahasa arab. Solat? Kat ofis solat zuhur tak pakai telekung. One of the reason aku tak pakai tudung bawal sebab nak senang solat. Jadi itulah pakai dezahra. Tudung pun tak terselak. Aku kadang-kadang ada juga rasa takut nak solat sebab tak biasakan solat macam tu kat tempat orang. Tapi sebab niat kita dan ingat itu kewajipan..solat lah dengan hati yang tenang. Bukan apa aku tak nak diorang nampak aku solat. Tapi Alhamdullilah diorang ni sedia maklum dan respect la, kalau aku solat dalam meeting room tu diorang tak lalu. Diorang lalu jalan jauh sikit. Itulah sedikit pengalaman yang ada. Lain kali gua sambung kerana tetiba perut lapar minta diisi.
Aku kagum ngan semangat ko...sejak dlu. I pray the best for u out there; always. Miss u darl.
ReplyDeletebie, kita ni sama je.
ReplyDeletecuma dugaan kita lain2.
aku faham perasaan ko walau pun ko xpenah citer kat aku. tp dr jauh aku dapat rasakan apa yg ada dlm hati ko.
me too, always pray the best for u.
no worry fren..doa byk2 masa mu akn tiba jua. aku balik nnt mari kita berjimba!