Walaweh! Kenyangnya makan kat ginza tadi. Kami kenduri sushi untuk dinner.
Ini baru balik. Aku memang tak boleh blah bila aku tahu sushi yang aku makan tu ada satu sushi belut T_T
Padahal yang tu aku makan paling banyak dan paling aku rasa sedap kalau nak dibandingkan dengan yang lain.
Sekali bila si A bagi tahu tu sushi belut. Aiseh. Terus tetiba aku rasa loya. Tak tahan beb!
Psikologi je tu. Tapi diorang kata kalau kat Malaysia tak sanggup nak makan belut. Belut masak kurma ke. Belut masak kari ke. Sini sushi belut boleh layan. Hari ni hujan. Tapi sebab plan dah awal jadi kami redah je hujan. Okie lah, kira ni makan-makan sebelum puasa. Puasa nak dekat dah ni oiii.
Masa dalam train aku kutuk-kutuk pasal awek dengan pakwe kat sini. Haruslah dalam bahasa melayu kan. Aku ni tak la baik sangat. ehehe. ada masa mulut aku memang sedap cakap lepas. Aku tanya kat A dgn Abg F ~> kat sini tak kisah kan derang couple , tak memandang sangat paras rupa. Mamat hitam bleh je dapat awek chun mat saleh. Sama gak mat saleh amik je awek chun kulit hitam. Siap hari tu aku jalan belakang derang manja-manja lagi. AKu dah cover mata neh. Nak tergelak pun ada. Pastu derang malu sendiri bila nampak aku kat belakang. Ehehehe. Tapi seyes, kat sini macam tak kisah sangat. Bak kata Abg F. Had yang macam tu la kekal lama bandingkan mat smart dengan minah chun. Em, betul gak. Kalau dua-duanya sama hebat memang.....wassalam. Contoh terdekat dah ada. Huhuhu.
Okie lah. Disebabkan tangki dah penuh. Muatan berat. Mata pun da berat. Gua mahu tidur. Esok sudah kerja meh.
Have a good day!
p/s: aku tak boleh la tgk org buat review movie kat malaysia dengan EPL mesti hati aku rasa bagi disiat-siat. adeh la!
sushi belut lah best!!! dan paling sedap taw :D
ReplyDelete