| nasi kuning chicken honey |
1. Menu Buka Puasa
Itulah menu buka puasa I hari ini. Tong tang tong tang masak kat dapur padahal dah pukul 710 pm. Nasi pun tak masak lagi. Buka pukul 744 pm. Apakah Che Bee? Tapi sebab nak treat my self yang teringin nak makan nasi kuning masak jugalah. Kelmarin nasi tomato. Esok lusa mungkin nasi serai.
Alkisahnya kenapa masak lambat? Kita pergi kepada perkara nombor 2.
2. Cerita Ofis
Lagi 5 minit pukul 4 pm baru dapat tugasan kena sort duplicate id dan cari duplicate id kat output result. Aish~ Padahal selalunya aku dah balik. Tapi air muka tak mahu kasi jatuh. Malu la weh kerja tak siap dah nak balik. So kenalah buat programming. Aku selagi boleh tak mahu tulis script sebab aku tahu aku lambat nak buat. Aku tak suka programming sebenarnyaaaaaaaaa. Tapi apakah daya kerja aku kena ada skill ni. Kalau database I like. Jadi aku guna konsep access-notepad++-unix-excell. Renyahlah kan. Tapi janji siap. Pulak tu, aku salah faham apa yang si Julie ni nak. Adeh. Terpaksa la betulkan balik. 430 duplicate id dapat. Phew! Lega but I still feel so stupid. Lepas tu aku macam stress sebab kena bagi kerja tapi derang dok gelak-gelak kat belakang. dang! Aku rasa mamat Iran tu mesti dapat rasa bahang kepanasan dan stress aku. Dah 2 hari aku tak cakap dengan dia. Cuma say morning and bye-bye je.
3. Cerita Mengarut
Tak tahu kenapa aku dok ingat hari ni Jumaat. Bangun pagi dengan penuh semangat sebab esok cuti. Lepas tu semalam pula aku tak kemas katil. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku di Kanada ni tak kemas katil *er, selalu kat kampung adik aku yang kemas.dah tu sape suruh bangun lambat.sape last bangun dia la kemas* Sebab tak kemas ingat hari ni Khamis jadi housekeeper datang bilik kemas dan tukar cadar semua. Sekali balik hampa. Pagi ni masa email dengan Kak F dia tanya pada aku esok awak cuti eh? Lepas tu aku tengok balik kalendar. Ya Allah hari ni Khamis. Duuh! Apa ke halnya Che Bee. Padahal aku dah plan pagi tadi balik kerja nanti nak singgah Winners, beli handbag opah. Esok je lah.
Antara perkara mengarut yang aku biasa buat *ini akibat perbuatan tak selari dengan pemikiran.
1. buka pintu rumah guna kunci kereta.
2. touch pintu garage guna touch card ofis.
3. butang lif tu patutnya ditekan tapi aku guna touch card apartment dan touch pada button lift.
4. guna telefon nak gerakkan kursor pada mouse.
Sekian terima kasih!. Kronik tak aku?
Agak kronik la.Hoho.
ReplyDeleteEleh...perkara #4 tu pun ko penah buat la kat lab SD1.6 dlu. Hahaha masa tu class Doc Dic.
ReplyDelete