Friday, August 13, 2010

Prawn Butter

Salam semua.
Lagi 45 minit waktu berbuka orang Montreal.
Hari ini kumasak tumis udang, nugget salad dan rendang daging semalam kuperangat sampai kering sampai jadi serunding. Ala-ala serunding. Dulu kuingat opah busu pernah buat macam tu. Sedap dia buat. Dia panaskan rendang hitam aka rendang tok kering-kering. Orang Perak memang sinonim dengan rendang terutamanya rendang tok. Kalau tak suka rendang bukan orang Perak namanya. Haha. Ye le tu. Tapi sebenarnya famili kusendiri pun tak tahu resepi istimewa rendam tok. Arwah moyang aku je yang cekap. Lepas tu tak sempat nak perturunkan resepi istimewa. Setakat resepi je adalah. Nak bagi dia jadi rendang tok yang kaw memang susah.
Dan biasanya kitorang letak kicap dalam rendang. Pelik kan. Tapi tu lah salah satu resepinya. Masa tengah basuh udnag tadi kuterfikir kenapalah tak masak prawn butter. Aiseh~ Tak apa lah lusa baru masak prawn butter. Aku plan nak tukar menu selang sehari nasi-mee-bihun. Ala-ala macam tu. Menu sihat katakan. Eceh.

Hari ini Alhamdullilah tak mengantuk melampau macam semalam. Otak cergas sebab kupaksa belajar asreml. Tapi kurasa nak nangis sebab aku tak faham macam mana nak tukar SNPs 20K tu supaya boleh loop. Kalau guna loop dia akan copy results yang sama juga. Jenuh dah Yinyan ajar tapi aku still tak dapat. Penyudahnya aku email uncle Gord. Aku Gord cakap benda yang sama juga macam Yinyan. But still I can't imagine how to change the 20Ks SNPs.
Tapi uncle Gord kata tomorrow I'll try and modify your code. Weehoo. Tq uncle Gord. Ini yang I suka neh. Tapi serius aku tak faham lagi concept nak tukar SNPs tu. Adeh~ Semalam masa sahur kudapat email bussiness plan pasal research ni. Duuh~ cuak beb bila tengok semua tu. Status BioNexus after 3 years. Aku cuak tapi jauh di sudut hati aku bersemangat untuk teruskan perjuangan ini. Dan aku terfikir dalam tempoh 3 tahun untuk survive jadi entiti bussines. Ini semua ada dalam national biotech policy yang mana sekarang dah masuk phase II which is transform form lab to market. Okeh. Insya Allah. Everything will be ok kalau kita semua bersatu padu dan bukan fikir pasal duit dan berkira semata-mata.

No comments:

Post a Comment