Monday, August 2, 2010

Realiti

Menulis adalah terapi minda.
Itu yang aku cuba lakukan dan aku akan pastikan sesuatu yang lebih berguna dapat aku hasilkan melalui penulisan.
Insya Allah.
Lepas balik dari Lavender Farm dan Blueberry picking tadi aku dah mula dapat inspirasi untuk mulakan perkara yang asyik tertangguh je aku nak buat. TQ to a.faizal sebab share banyak sangat benda dengan aku dan yang lain hari ni.
Bukan dia je cakap tapi kitorang lebih pada diskusi semua pihak. Bila duduk luar ni akan nampak realiti negara kita macam mana keadaannya. Bukan aku kata duduk Malaysia tu tak boleh nampak tapi kita boleh bandingkan apa kelebihan dan kekurangan negara kita dan mana salah dan silap pucuk pimpinan. Bukan juga bermaksud kita nak menyalahkan orang yang berada di atas..tapi realitinya kita sebagai golongan marhaen ini ada hak untuk menyampaikan rasa masing-masing yang bukan setakat pangkah atas kertas tetapi melalui suara.
Secara common sense...bila dah tahu bujet negara makin kurang kenapa ada juga pemimpin yang gatal pergi bercuti luar negara. Kenapa ada juga pembelian barang-barang untuk kepentingan diri sendiri pada harga yang tak munasabah? Itu common sense ok yang aku kira budak tingkatan 1 pun boleh fikir bila dia nak beli PSP tapi mak ayah tak mampu nak beli jadi dia jimat-jimat duit belanja mak ayah bagi supaya nanti dia dapat beli PSP tu. Maksudnya di sini ada konsep pengorbanan. Tapi 'derang' ni mengamalkan konsep pengorbanan ke? Aku rasa rakyat yang terkorban.
Kat Quebec ni, fyi...untuk study sains pada peringkat master, kerajaan bayar elaun sara diri. Lindsay kata elaun tu cukup-cukup makan tapi bolehlah survive. See, kat situ kita dah nampak macam mana gov derang nak tarik lebih ramai belajar sains jadi dengan kemahiran yang ada tu boleh bangunkan sains dan teknologi negara. Kita pun ada peluang macam tu tapi terhad dan terlalu kompetatif dalam merebutkan biasiswa tersebut. Dan kalau korang nak tahu kat sini sebenarnya susah nak dapat kerja walaupun ko ada master degree. Kenapa? Persaingan adalah terlalu hebat! Technician aka lab assistant (versi Malaysia) overall ada master. Dan saintis/penyelidik ada PhD. Jadi dengan pernyataan macam tu korang boleh bayangkan macam mana. Aku tak limited pada sains saja, kalau arts dan engineering pun belum tentu dapat kerja yang fix dengan bidang ko. Kita dok hantar budak2 malaysia belajar applied science kat luar etc: biotech, biochem, genetic tapi bila balik Malaysia tak ada platform yang mudah untuk diorang ketengah. Apakah? Sedangkan kemahiran diorang..nak-nak yang belajar luar negara ni kan sangat-sangat diperlukan. I have to say sorry if bias to science cos dah memang bidang aku so I think i should talk about this. Ntah lah aku pun tak tau nak salurkan mcm mana benda ni. Yang tahyulnya kat m*s*i , suka suki je letak RO yang pengkhususan bidang lain bagi jawatan bidang lain. Apakah? Macam mana benda tu nak gerak kalau salah bagi kat orang. Memanglah orang kata..tak pe boleh belajar. Tapi hello...ini bukan soal boleh belajar ke idak tapi persolannya dah salah meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya. Kat situ dah buang masa, buang tenaga sedangkan ada orang yang lebih capable tak dapat. Ye, mungkin kita tak ada hak nak mempersoalkan rezeki orang..tapi secara common sense nya...bolehke ko bagi engineer masak kat dapur hotel? Boleh..tapi hasilnya macam mana? So macam tulah konsepnya.
Okielah..nak tidur dah. Letih dah membebel plus penat berjimba-jimba di ladang. Tapi overall aku puas hati walau pun ada cerita hampeh yang menghangatkan semua orang. Sekurang-kurangnya hari ni aku dapat buka mata dna buka minda realiti sebenar masyarakat kita. Have a good day peeps!



No comments:

Post a Comment