Thursday, August 26, 2010

Sengal Otak

1. Menu Buka Puasa
Nasi goreng nugget, asam pedas semalam, puff berry dan mocha panas macam semalam. Tapi hari ni nak pakai fresh milk. 

2. RM 500
Alhamdullilah tak sangka akhirnya dapat bonus! Masin juga mulut aku sebab sebelum ni ada tanya kat mak, PM nak bagi bonus ke raya nanti. Motif ko tanya mak ko? Macam mak ko jaga akaun negara kan. Hehe. Lepa tu adik aku yang cikgu tu menyibuk "baru koje dah sebok nak tanya bonus. ish kamu ni la" dang! Adik aku tak puas hati la tu sebab dia dah mok dan aku makin kurus. Haha. Lagi pun aku tahu derang semua da lama tak 'gaduh' dengan aku. Rindulah tu. Itu yang buat ayat sentap.


3. Perkara Keji
Kalau buat jahat mengaku sajalah. Tak payah nak sorok sebab perkara keji. Bila disorok tak lama lagi terbuka juga lubang tu. Contohnya buang bayi. Yang buang bayi tu bukan budak 10 tahun tapi budak dah akil baligh. Bukan jahil. Tahu dosa dan pahala. Tapi turutkan nafsu. Malas nak bela orang macam ni sebab dah sah tahu zina tu perkara mungkar. Tapi ko buat juga. Dah lah berzina. Membunuh pula tu. Kot ye pun ko tak nak anak tu letaklah elok-elok kat tempat yang sesuai. Siapa yang salah? Minta dijauhkan perkara ni.


4. Kawan Lelaki Aku
Semalam aku chat dengan mamat ni. Kami sembang pasal hal lelaki dan perempuan. Apa lagi. Perihal cinta. Dia single lepas ex-gf dia dah kahwin. Aku dan dia bercerita dari hari ke hati. Melihat perspektif dari seorang lelaki. Dan dia melihat perspektif dari orang perempuan. Dia cakap dia tak boleh lupa walau pun ada 2 orang gadis tengah berusaha untuk merebut hati dia. Dia pula fobia sebab dia takut bila dia commit peristiwa yang pedih dulu jadi balik. AKu nasihatkan dia. Jangan hidup dalam kenangan. Kau punya dulu dah sah jadi hak orang. Tak payah nak fikir ingat sangat benda dah lepas. Aku pesan lagi buka pintu hati kau. Tapi jangan mainkan perasaan perempuan. Kalau sebenarnya ko tak ada perasaan pada dia baik terus terang dari melayan. Sebabnya dia cakap dia tak teruja bila berkawan dengan 2 orang perempuan tu. Tak sama macam dia dan ex dia dulu. Ex dia dulu tu kawan aku juga. My good friends. Dulu masa derang ada krisis aku lah jadi orang tengah. Tapi nak buat macam mana. Tak ada jodoh. Aku pesan lagi sebagai seorang lelaki ko sendiri kena ada pendirian teguh. Jangan ding dong. Ko sendiri kena tahu apa yang ko nak. Kesimpulannya tanya pada hati dan dengar kata hati apa yang ko mahu dari seorang perempuan. Dia tanya aku nak lelaki macam mana. Isk isk isk. Aku terus terang cakap aku agak cerewet kalau nak berkawan dengan lelaki. Pada aku sedaplah mata aku nak memandang, dia ada ciri pemimpin dan dia serba serbi lebih dari aku. General kan. Aku malas nak elaborate.... sebab hahahahahhahah. 
Tapi ikut pengalaman akulah lelaki ni senang sangat nak kena twist dan twist diri dia. Jadi wahai perempuan berhati-hatilah hatta kamu sudah berkahwin sekali pun. Itu pesan mak su aku dan akak-akak yang dah kahwin. 


5. Sengal Otak
Hari ni aku rasa nak nangis dan stress sebab handle data yang sangat-sangat susah. Contigs la, chr la apa la. Aduh! Pening aku sebab saiz dia besar sangat. Nak run program asyik tak lepas. Nak pula ni kali pertama aku deal data macam tu. Sebelum ni data protein yang lebih pada annotation. Entahlah, aku rasa stupid sangat 2,3 hari ni. Tapi sebenarnya bagus juga troubleshoot dari sini supaya bila balik sana aku dah familiar dengan problem tu. Em, entahlah. Tak tahu kenapa dengan aku niiiiiiiiii.

1 comment:

  1. I suka kata-kata nasihat lelaki ni senang nak kena twist dan twist diri dia.Btol tuh.

    ReplyDelete