Waaa, seminggu je lagi nak tinggalkan bumi Montreal.
Tak dapat digambarkan apa rasa di hati.
Tapi buat masa sekarang ada aneka perasa.
Serabut sebab report dan proposal tak siap lagi.
Susah hati sebab mungkin aku akan exceed luggage more than 23kg. Air Canada memang kedekut!
Fikir buku dan nota aku kena pos guna Fedex. Melayang RM T_T
Lagi susah hati sebab nak stop internet service susah bagai. Tapi Alhamdullilah, aku baru call customer service. Selesai and the best thing is no need to return back moderm. Whoa! So apa kekdahnya aku nak simpan moderm? Haruslah diberi kepada anak-anak ikan. Sebut pasal anak ikan semalam ada dinner dengan bebudak ni.
We had fun. Dan terpaksa berlakon jadi orang lelaki bujang. Hua hua hua. Kalau korang nak tahu tak ada mangkuk hidang. Style gulai kari ayam dalam periuk dan tomyam dalam kuali leper. Haha. Tak pernah aku buat kerja macam ni. Azraf masak memang sedap. Lepas makan layan FIFA. Bebudak lelaki biasalah main game. Lepas game layan movie. Itule kerja deme. Lawak sengal usah cakap. Asyik aku je kena bahan. Hua hua. Biasalah golongan minoriti.
Kat luar mendung gitu. Tadi masa aku pergi beli makanan hujan turun. Tiba-tiba rasa nak keluar balik. Fridge magnet dan tshirt yang orang pesan tak beli lagi. Tapi sejuk weh kat luar tu. Aduss. Plus kalau aku keluar, aku akan shopping benda-benda yang tak sepatutnya sedangkan masa nak pergi London nanti baru shopping bagai.
Apa pun I can't wait to go back home sweet home. Jumpa family, little cousins, the girlfriends, the boyfriends. What else? Apa-apa sajalah. But I do hope I get my room when I come back soon. Huaaaa. Tak habis lagi cerita pasal bilik yer Ch33 B33.
Lepas ni aku akan mula sibukkan diri dengan dunia penulisan di samping buat research. Aku dah bincang dengan a. faizal untuk maju setapak dalam bidang ni. Aduhai...umur 27 tahun baru nak mula menulis. Tak apa, cita-cita tak mengenal usia. Siapa saja layak untuk mempunyai cita-cita dan berusaha mencapainya. Yang penting kita tahu potensi diri kita dan sentiasa mencari peluang dan guna peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Aku pun tak sangka lepas artikel keluar kat majalah online tu, sepupu aku yang kerja bernama contact kata nak publish dalam paper. Whoa! Serius menjadi satu momentum untuk aku usaha gigih dalam bidang ni. Menulis tak susah. Yang penting kena ada minat. Menulis dari suara hati sendiri. Tak perlu nak buat ayat bombastik. Kita tulis nak bagi orang faham dan kongsi maklumat dengan kita. Bukan bagi orang pening kepala baca cerita kita. Tulis buku?
Hua hua. Aku bujet hujung tahun ni hantar manuskrip tapi tak tahu sempat ke tak. Setakat ni tertangguh lagi. Doalah semoga diberi kelapangan.
Okie lah..aku ada kerja sikit. Nanti kita sambung berbelog lagi. Take care semua!
| bersama bakal jurutera-jurutera negara. |
No comments:
Post a Comment