Thursday, September 30, 2010

Ini adalah menimbulkan kemarahan

Diumumkan..chewah...berat I ialah 50kg.
Maka sesuailah dengan ketinggianku setinggi 156.5 cm.
Itu pun ada orang tegur muka cengkung, macam-macam la.
Kuharap berat ini berterusan. Yakni boleh dikekalkan sampai bila-bila.
Petuanya?? No calory, No calory, no oily food, more walking. That's it.
Sibukkan diri anda, makan sikit sebab sibuk kejar deadline. Antara faktor aku hilang berat sebanyak 7 kg dalam
masa 6 bulan. whoa! Tapi sebenarnya 3 bulan terakhir tu berat banyak turun kalau dibandingkan 3 bulan pertama.
3 bulan terakhir tu jiwa kacau, projek dah mula, bulan puasa. Haaa...itulah ceritanya.
Ok stop pasal berat.

Stress.Stress.Stress nak packing! 
Punggah masuk. Punggah masuk. Punggah masuk. Adoi la. 
Ni pun aku kena shipping setengah souviner. Buku memang aku kena bawa tak boleh pos. I have no choice.
Belum shopping kat London lagi. Huhu.
Adalah sangat bagus kerana telefon tinggal dalam ofis. 
Esok je last nak catch up everything. Itu pun ada yang tak habis cover lagi.
Em, kalau ikutkan hati aku malas nak cover certain part atas sebab-sebab tertentu.
Tapi bila fikir balik Malaysia nanti aku juga yang kena tanya jadi terpaksa la take part.
Aku bukan apa, kadang-kadang sakit hati juga kerja dengan mat saleh ni.
Bujet pandai sangat lah tu. Hah, 1st time aku meroyan pasal derang kan.
Meh sini aku nak citer kat korang.
Nak habis kerja ni..dijadikan cerita aku memang nak acquire semua knowledge. Plus aku baru involve dalam research derang ni. So slow la aku nak catch up everything dalam masa 3 bulan. Korang bayangkan kerja 4 orang kat sini aku cover semua. Memang team work. Tapi maksudnya...4 skop tu aku kena bagi faham, buat dan bentangkan bila balik Malaysia nanti. Ada setengah yang ok. Ada sorang la macam fed up bila ajar aku. Aku tanya nak marah2. Ko apa hal! Aku ni client ko ok. Bila aku tanya treat aku macam orang la. Bukan nak marah2. Of course aku akan tanya banyak sebab aku tak faham apa yang ko explain. Dan of course aku akan argue sebab tak semuanya make sense and otak aku boleh terima. Plus, aku bukan dilatih untuk terima semua benda bulat bulat. Telan je. Tapi aku respect mamat Iran dengan abang besar. Derang sabar je ajar aku. Aunty pun macam tu juga. NI ko dah la praktikal staff kat situ lepas tu apa hal nak marah-marah aku. Konpem kutuk punyala belakang aku. Tapi aku peduli apa, janji lepas..kalau aku tahu semua ni..tak adanya aku nak datang belajar dengan korang. Huh! Ini aku memang dah hangin tahap gaban. Bayangkan korang sure malu gile..bila ko tanya elok-elok..lepas tu explain nada marah-marah. Ingat kita ni tak ada perasaan ke. Tapi bak kata K. Faizah, pompuan montreal ni memag kurang ajaq, kasar, sombong. Itu aku tak nafikan. Sebab kalau kat  mall pun macam tu juga. Huh!  Aku tak tahu la..kalau orang lain belajar kat luar negara macam mana kan. Tapi setakat ni 6 bulan aku kat sini..lelaki semua ok. Pompuan memang kuang ajaq. 


Ada lagi satu cerita sadis. Dah la aku tak dapat bilik. Boleh pula laptop untuk aku pun tak ada. Ini adalah
menimbulkan kemarahan. Grrr!!! Sorry la weh, ini entri meroyan gitu. 
Okie la..keybord off dulu. Ngantuk. Bui!


1 comment: