Thursday, September 23, 2010

Ntah apa apa la

Sorry sebab  dah jarang update belog.
Bukan apa memalam aku habiskan masa jalan-jalan cari info pasal research. Lepas tu baca tips, jumpa tools menarik then aku post kat FB untuk kongsi dengan orang. Aku dah niat lepas ni aku tak nak letak status pada FB macam selalu. Aku cuma nak letak link dan pos gambar saja. Kalau orang tulis kat wall aku then aku komen. Lepas tu kalau aku rasa aku nak interact dengan orang aku akan pos kat wall dia. Tapi mungkin aku akan letak status cuma taklah selalu. Konsepnya aku terima add dari seseorang so aku tak nak dia tahu perasaan aku dan apa aku buat. Kalau dia nak tahu juga sila korek sendiri. Hua hua. Bajet ko artis?? Ye kot :p
Whoa, seminggu lebih je lagi nak balik.
Aish la, tak sabar rasanya nak chalo dari sini dan mula kerja. Tapi masih ada lagi kerja kat sini yang belum beres. Harap Rabu depan aku dapat siapkan semuanya. Dan aku harap balik nanti masuk kerja segalanya berjalan lancar. Insya Allah. Aku malas nak fikir pasal kerja orang lain as aku sendiri dah dipesan sebagai service provider. Aku hanya terima arahan. Lain-lain pasal management bukan part aku. But I do not know soon macam mana kalau tetiba berubah. Tapi motif apa ko dapat bilik aku lepas tu kerja nak sub dekat aku yang tak ada bilik. Huh! Sekali lagi aku bengang. Grr!
Aku gambarkan diri aku seorang yang tegas dan berdisiplin tapi kadang-kadang ada sedikit sengal. Dan sejak akhir-akhir ni aku rasa aku sedikit keras kepala. Jiwangness dah makin kurang sebab aku dah jarang dengan lagu cinta melainkan cinta Ilahi. hua hua. Jadi kesimpulannya toksah le dengo lagu jiwang..nanti jiwa kacau. Bila jiwa kacau kamu susah nak fokuskan. Jadi baikle kamu tenang-tenang saja. Kalau dia datang cari kamu..itu urusan dia. Sape suruh start dulu cari masalah dengan aku. Style aku:
1. sekali org cari pasal dengan aku beribu kali aku bule cari pasal dengan orang tu.
2. sekali orang buat baik dengan aku beribu kali aku bule buat baik dengan orang tu.

erk. adakah yang nombor satu itu terlalu kejam. tengok keadaan. biasanya perempuan ni mudah memaafkan tapi tak bisa melupakan. Jadi lu pikir la sendiri. Ciao! 

3 comments:

  1. che bee, nanti pulang ke malesia jangan lupa bawa fridge magnet yeeeerrrr hahaha.

    nanti teman bayo le ke kome bape hengget. mekasehh.

    selamat pulang ke tanah air :P

    ReplyDelete
  2. wiken ni aku pergi beli. nak cari yang lawa utk kamu. nnt haus warming rumah baru jgn lupa ajak ye. hehehe. doakan i selamat sampai!

    ReplyDelete
  3. Beb, selamat sampai. Dec insya Allah kita jmpa ye. Nak berkampung kat ruma ko.

    ReplyDelete