Sebelum aku baca jurnal marilah menulis blog barang seketika.
Hari ni entah apa angin aku lepas sampai Lincoln kaki rasa nak menapak ke St Katherine.
Dah dekat sebulan aku 'puasa' dari pergi sana. Dalam erti kata lain 'puasa shopping'. Haha.
Niat di hati memang tak nak shopping dah sebab nak shopping di London. Tapi gelodak jiwa tak mampu menahan
tunic H&M. Hasilnya 3 helai tunic H&M berjaya ku rembat. Konsepnya ingin menutup aurat lebih sempurna. Iye la tu Che Bee :p Pergi St Katherine jalan kaki je. Macam tu lah kat sini nak shopping dekat amat. Balik kerja rasa stress terus shopping. Oh, itu adalah satu aktiviti kurang sihat bukan?? Ah, bila lagi. AKu belasah je la sementara ada peluang ni. Esok-esok belum tentu.
Peluang. Cerita pasal peluang aku teringat ada kawan-kawan yang kata "seronoknya tengok ko shopping". "seronoknya dapat pergi sana sini ". Aku bila orang kata macam tu jadi speechless. Tak tahu nak balas apa. Senyum je la. Sebenarnya sebelum aku melalui apa yang aku dah ada sekarang ni aku pernah berada di bawah. Pernah mengalami kekecewaan. 2 kali gitu. Kecewa putus cinta lain eh. Ini kecewa dalam mendapatkan apa yang aku nak.
Pertama masa temuduga tenaga pengajar muda uitm tahun 2006. Aku memang target nak jadi pensyarah. Apply slab la slai la tpm la. Yang panggil tpm. Maka dengan semangat aku pun prepare bagai. Derang pulak nak kita present slide masa temuduga. Ok, takpe lah. Kita siapkan slide. Sampai uitm ambil giliran aku antara nombor yang tengah. Kebetulan hari tu Jumaat. Entah macam mana penemuduga ambil masa yang lama nak temuduga. Orang yang awal kena la dalam 1 jam. Bila dah Jumaat, orang lelaki nak pergi solat jadi derang bagi giliran lelaki dulu. Kami ni hanginlah juga sebab dah tunggu lama. Tapi sabar. Alih-alih lepas Zohor baru giliran aku. Nak tahu tak berapa lama aku present? Aku tak present pun. DIa kata tak payah. Dia temuduga saja. Ada dalam 5 minit. Aku redha je lah masa tu. Siapa yang belakang-belakang ni senasib macam aku. Bayangkan ko prepare bagai sekali tak present pun lepas tu 5 minit je interview. Mesti ko rasa macam duuuh! Tapi nak buat macam mana..itulah namanya rezeki. Bukan rezeki aku. Dan memang aku tak dapat pun tpm tu.
Kedua masa temuduga nsf untuk scholarship master. Ini pun kejadian yang sama masa kes pertama. Sepatutnya lepas pukul 2 sesi petang bermula. Tapi masa pukul 1 pm waktu aku sampai orang sesi pagi pun tak habis lagi. KO hangin tak. AKu dah rasa tak sedap hati. Tapi sabar lah juga. Nasib baik derang ada sediakan high tea. Tunggulah aku dengan kawan aku yang satu lab. Dipendekkan cerita kami sesi petang ni kejap je. Paling kejap aku dan kawan aku sebab kami orang terakhir sesi petang. Tak sampai 10 minit temuduga. Sekali lagi aku kecewa.Kesudahannya orang sesi pagi semua dapat scholarship tu. Kami yang sesi petang tak ramai yang dapat. Masa tu aku rasakan dunia adalah tidak adil!!!!!!!!!!!! AKu rasa bengang juga la masa tu. Kecewa. Sedih. Berhari-hari aku memendam rasa kenapa aku tak dapat. Kenapa bukan aku. Kenapa aku tak pernah diberi peluang benda macam ni. Tapi lama-lama aku reda dan mula terima hakikat.
Betullah....Allah tahu yang terbaik untuk kita. Dia tak bagi aku 2 benda yang aku idamkan tapi dia bagi benda yang aku tak expect aku akan dapat. Malah lebih baik dari apa yang aku tak dapat dulu. Itulah..perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Mungkin aku tak sesuai dengan kerja kedua-dua perkara yang berkaitan. Mungkin kerja tu terlalu senang untuk aku ke. Mungkin ada orang yang lebih layak..dan mungkin...macam-macam kemungkinan.
Dan sebenarnya jalan untuk aku peroleh apa yang aku ada sekarang ni tak mudah. Macam-macam benda yang aku lalui sebelum aku dapat apa yang aku ada sekarang.
Aku hilang lesen kereta masa 1st interview. Jenuh cari tak jumpa juga. Dan sebenarnya 1st interview aku tu mengejut. Hari interview tu baru derang call. Mujur aku pakai baju kurung pergi lab. Jadi aku sempatlah prepare sikit-sikit walaupun aku ada 3 jam je masa tu!
2nd interview kalau korang nak tahu file sijil aku hilang sebab aku kelam kabut letakkan file atas ata kereta sambil tu aku guna phone. Kemudian dengan selamba aku drive dan pergi jumpa bakal boss. Dan sebenarnya lagi 30 minit nak interview aku baru tahu yang aku dipanggil utk interview. Hah! SUrat tak sampai rumah. Kebetulan aku cuti hari tu. Cuti kononnya nak baca journal di rumah. Kelam kabut gosok baju kurung. Gile interview dengan top organization sedangkan aku tak prepare satu apa pasal tempat kerja. Yang ada dalam kepala aku cuma teknikal part. Lain-lain confirm tunggang langgang.
Em, macam tulah kisahnya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Okeh, aku dah bayar hutang kat blog ni sebab dulu aku nak ceritakan macam mana aku lalui semua benda ni. So sekarang dah bayar hutang tu :)
Okie lah, nak baca jurnal. Serabut-serabut bila fikir pasal proposal. Raya mode = OFF
No comments:
Post a Comment