Monday, October 11, 2010

Mood adalah jet lag!

1. Rumah Sewa
Phew! Menarik nafas lega walaupun sengal -sengal di badan masih belum hilang.
Sekarang I bersiaran dari rumah sewa. Kemas-beli barang-jumpa kawan. Yang belum siap lagi
ialah melipat dan menggantung baju. Ayark! Bab ni aku lemah sungguh.
Esok pagi lepas Subuh la kulipat. Kain baju itu ku longgok di atas katil bersebelahan denganku.
Ayoo! Insya Allah lepas kahwin tak macam ni sebab masa bujang ni la nak cuba jadi sedikit pemalas :p
Secara rasminya I sudah memiliki sebuah katil queen. Motif ko bagi tahu beli katil kat blog? Haha. Dengan
tujuan sesapa nak datang lepak rumah I mari le. Boleh tidur sekali kerana penginapan disediakan. Eceh.

2. Malaysia
Adalah panas dan lembap. Duuh! Sampai KLIA je aku terus selsema. Masa di London hidung baru mula gatal. Tapi bila sampai KLIA benda yang ada dalam fikiran aku ialah....uuuu, nak balik Montreal.
Mengadakan. Tapi itu yang kurasa sebab bila masuk airport je aku tengok orang Malaysia semua muka
ketat. Bila tanya pun jawab dengan gaya yang ko akan rasa 'lepas ni aku malas dah nak tanya ko'.
Em, itulah antara sikap orang Malaysia yang aku tak berkenan dari segi layanan pada pelanggan dia.
Tapi aku ingat aku saja yang rasa macam tu. Sekali bila Aaina tanya apa perasaan aku sampai KL dan
aku cerita apa yang aku rasa. Rupa-rupanya dia dan Farah pun rasa perkara yang sama macam aku rasa. Aaina siap kata ni kalau orang lain dengar cerita kita ni mesti derang rasa annoying. Kah kah kah.
Terus balik kampung dan makan sambal tumis ikan keli serta gulai tempoyak masakan opah. Wah! Wah! Wah!

3. Topik Hangat
Seperti biasa aku dah jangka soalan sentap bakal kuperolehi sekembalinya ke tanah air.
Pergh! Ramai sungguh yang ingin menjadi match maker ku. Opah mertua adikku. Pakcikku. Emak saudaraku di London dan lain-lain lagi. Apakah??? Haha. It's hard for me to give the answers to them.
Aku hargai apa yang mereka berikan. Tapi buat masa ni aku tak boleh nak fokus dengan ramai orang.
Aku perlu buat pilihan tapi bukan sekarang  sebab aku rasa aku masih keliru. Aku jadi keliru bila satu hal ni. Haha. Entahlah mungkin kebetulan...tapi who know kan. Macam ni..aku pernahlah terfikir dan terniat dalam hati...masa di London nanti mungkin aku jumpa 'seseorang' . Mungkin aku jumpa dia dalam flight dan kami berkenalan. Dan mungkin juga aku jumpa dia masa aku tengah jalan-jalan sorang di London dan kami pun berkenalan. Sekali apa yang aku fikir jadi kenyataan. Nak dijadikan cerita suami makcik aku di Paddington ada diziarahi kawan yang datang melancong ke sana. Kebetulan dia nak tinggal di rumah derang. Tapi sebab aku dah chop dulu..maka akulah yang stay dulu. Dia stay lepas aku check out. Haha. 'Dia' ni beza 10 tahun la dari aku. Dan dia masih single serta seorang penjawat awam yang grednya lebih tinggi dari gred aku. Hua hua hua. 2 malam kami berempat makan malam bersama. Eceh. Tapi biasalah aku buat perangai sengal dan buat macam biasa.
Aku macam sentap juga bila makcik aku bagi tahu ada kawan derang nak datang makan malam bersama. Aku cuak sebab erk, jadi kenyataan apa yang aku fikirkan. Tapi macam mana kalau 'dia'tu tak best. Em, bila dah jumpa..not bad. Aku nak tergelak bila aku fikir balik perkara ni. Dan makcik aku plan nak match making aku dengan encik itu. Aku kata macam ni lah....dia duduk putrajaya kan..so kalau ada jodoh mesti jumpa punya dia kat mana-mana. Well, i just take it easy as i'm afraid to move on. Plus at the moment I'm still confuse with him. Tak apalah we just wait and see how's thing gonna work. Apa yang penting untuk work out now is my research :)

4. Girlfriends
Can't wait to meet my girlfriends. 
Talk, eating and shopping.
Esok!

5. 10.10.10
Secara jujurnya aku tak sedar pun hari ni 10.10.10 dan aku pun tak tahu hari ni wedding
orang penting di Malaysia. Apa pun tahniah diucapkan. Aku tak tengok tv pun pasal wedding tu. They deserved each other. A perfect couple :) Good looking, wealthy and intelligent.
Pergh! Itu rezeki mereka. So no need to jealous atau apa-apa komen negatif pasal derang. 
For me, they deserve it. Hopefully berkekalan hingga ke akhirnya.



4 comments:

  1. Selamat pulang :) Jangang lupa update selalu cam duk kat Canada dulu.

    P/S: Jodoh di tangan tuhan, tapi kenalah ade effort dari belah kite gak. Hehehe :)

    ReplyDelete
  2. I kompem terhibur dengan tajuk topik hangat.Tua 10 thn.Owh,I suka!Eh,motif I suka.Haha.

    ReplyDelete
  3. k. farina: camne bleh jadi loghat terengganu ni kak, ada 'jangang'. hehe. Insya Allah update selalu :) satu terapi minda n sesi meroyan.
    p/s: haha. tq. but sometimes tired to make an effort. huhu.

    KC: u suka tua 10 tahun?? har har. dah xyah suka..sila fokus dgn yang setahun ja lebih tua..but if i let u go..eceh. teringat tema lagu masa kat phone call tadi.

    ReplyDelete
  4. Che Bee,
    Haha.I kata ja suka.Tapik mesti la i laaaagik suka dengan yang setahun tua bangka itu.Hikhik.

    ReplyDelete