Saturday, October 30, 2010

Officially a swifter

Sejak balik tanah melayu aku dah jarang blog hopping dan menulis blog.
Hua! Nampak sangat balik rumah, kemas-kemas apa yang patut, bersihkan diri dan terus pengsan.
Masuk minggu ni dah 3 minggu berada di tanah melayu.
Apa yang aku nampak ialah kehidupanku banyak tertumpu dengan cerita kerjaya.
Kain pun dah seminggu 'tidur' tepi aku. Dalam erti kata lain, tak berlipat le.
Ayark che bee. Aku letih semacam lepas tu malam pun memang tak makan.
Balik dah maghrib jadi aku tak sentuh apa-apa makanan. Bila tidur sat lagi pukul 2,3 am mesti terjaga.
SIsa jet lag tu masih ada.


Perempuan dengan emosi masih tak dapat dipisahkan.
Nasib baiklah ada orang lelaki yang jenis sabar. Kalau tak dah lama...hehe.
Aku agak emo minggu ni. Lepas tu tak pasal-pasal ada orang tu kena sembur dengan aku.
Nasib baik orang tu faham dan lepas aku minta maaf dia ok jer, faham dah, bila macam tu mesti datang bulan.
Cess~ berani ko serkap jarang eh. Tapi memang betul pun.  Mungkin selama ni dah dapat agak
bila time aku meroyan maksudnya time aku period. Macam tulah jadi sensitif lain macam. Perangai macam budak-budak. This time I admit it was my mistake. Tapi aku tetap tak puas hati..apsal tak pujukkkkkkk kalau
aku macam tu. Tapi rasanya aku dah ada jawapan dari dia yang berbunyi..pujuk pun tak guna kalau lagi nak marah..baik tunggu cool dulu..reda sendiri.  Dang!


Last time masa pergi lab lama aku sembang dengan akak-akak ni. Ada sorang akak RO nak keluar sangat-sangat
sebab dia tak tahan dengan peel teman sepejabat. DIa tanya aku macam mana kalau dia berhenti kerja dan sambung belajar.Itu salah satu cara dia nak keluar dari sana. Aku kata jangan kak berhenti sebab dah tetap.
Lagi satu..jangan buat Master kerana sebab lain. Contohnya sebab tak ada kerja, sebab nak lari dari masalah,
sebab tu sebab ni. Buat Master tu biarlah dengan niat yang positif untuk pembangunan diri  bukan atas sebab-sebab tertentu yang picisan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab buat Master ni pun macam perkahwinan ..satu perjudian. You tak pasti arah you lepas ni macam mana especially bila buat research. Penuh dengan ups and downs. You kena kuat dengan macam-macam benda. Stuck dalam research. Pensyarah yang delay kerhja. Timeline. Bukan aku halang orang nak buat Master tapi biarlah lakukan sesuatu tu kerana niat yang baik bukan untuk larikan diri dari masalah. Masalah tu tetap ada di mana-mana. Bila orang buat onar belakang kita..lantak demelah. Kita ada Allah yang Maha Berkuasa mengatur segalanya. Sampai masanya..bila Allah izinkan..kebenaran tu akan tertunjuk. Bior je le orang-orang yang perangai tak semenggah tu. Doa je dalam hati supaya mereka berubah. 
Dengan situasi negara sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak buat Master. Itu tandanya rakyat Malaysia masih ramai  yang ingin memiliki taraf pendidikan tinggi. Cuma sejauh mana taraf tu diaplikasikan pada pembangunan negara dan masyarakat. Kalau setakat kepuasan diri aku rasa..em...no komen. Tapi pada aku hidup kat dunia ni tak guna kalau kita tak dapat memberi manfaat pada orang lain. Kalau setakat untuk diri sendiri..selfish namanya. Tak apalah itu hak individual. Cuma pendapat aku apa salahnya kita berkongsi apa yang ada dengan masyarakat.


Okie lah dah banyak aku membebel. Ni pun dan 7 am. Nak pegi basuh baju. Petang sat lagi amik cik swiffy bersama mr a. Mamat tu memang busy. Nak nak sejak ada 2 opis ni. Walaupun opis baru dekat putrajaya dan possibility untuk jumpa selalu adalah cerah..kome usahlah harap. Berangan pun tak payah. haha.  Tapi hari ni..ah aku tak kira sebab aku dah tak ada pilihan. Kalau boleh memang tak nak susahkan dia. Tapi sebab dia suka 'buli' aku jadi...inilah masanya aku nak ambil kesempatan itu. eceh.
Have a good day peeps!

1 comment:

  1. wah wah dah beli swift ye. cayalah!! nanti boleh round seri kembangan visit aku :)

    ReplyDelete