Sunday, October 17, 2010

Tanpa Tajuk

Selepas 6 bulan tak makan lauk kenduri semalam aku telah merasmikannya
di perkahwinan Che Ma dan Mat Poi.
Aku tak tahu pun majlis habis jam 3 pm. Dengan selamba aku, Aaina dan
Tab sampai masa nak dekat pukul 3 pm. Lauk banyak lagi.
AKu prefer untuk datang lambat sebab ada masa dan peluang beramah mesra
dengan pengantin. Cuma kalau lambat sangat ni tak dapatlah jumpa kawan-
kawan lain. Contohnya semalam aku tak sempat jumpa Lisa.
Che Ma kata..'sedihla Ada'. Aku cakap ' la, patutnya aku yang rasa
macam tu sebab ramai kawan-kawan dah kahwin.' eceh.
Aku cool je. Sebenarnya tumpang bahagia. Aku ada tanggungjawab lain
yang lebih berat. Let me settle this thing first before I settle down
my personal thing. Adakalanya kita perlu mengorbankan kebahagian diri
kita untuk kesenangan orang lain. Fuyooo! Che Bee baiknya kamu. Hua
hua hua.
Malam pula singgah rumah Aaina sebab Farah pun ada sekali. Seperti
biasa perbincangan para saintis. Hala tuju masing-masing
selepas berbulan-bulan di perantauan. Masing-masing dah ada kepakaran
tersendiri yang tak ramai orang Malaysia ni ada. Crystallography
and Bioinformatics. From that u your ownself should know how to manipulate your brain and find the oppurtunity to share your idea and
knowledge. SOmetimes I don't understand with some researcher yang do the research not for others but for herself/himself. Yang dia fikir
hanya diri dia. I dunno what to say..but as a Muslim you should know that
everything u do di muka bumi Allah ni bukan utk diri u saja tapi
untuk orang lain. Dan paling penting semuanya untuk mencari redha Allah.


Baje 2011.
Ramai yang komen bujet ni bajet PM yang terakhir. Motif korang
cakap macam tu??? Haha. Walaupun aku orang gomen tak semestinya 100%
aku menyokong. Ada juga some part yang aku rasa a bit dissapointed.

1. Sekolah Permata.
For me.. is good but too much spend. Sekolah ni macam bioteknologi juga.U akan ambil masa yang lama untuk dapat hasilnya sebab u nak train dan
membentuk genius student menjadi aset negara. Bertahun masa human
capital ni akan diambil. Risikonya mungkin genius student ni tak nak
berkhidmat dalam negara sebab rasa environment luar negara lagi bagus.
I'd been there with permata so I know a lil bit inside. Kdg2
aku rasa stupidnya orang yang komen macam ni " kenapa tak buat
peruntukan sekolah SAR, agama yang banyak. dah tahu isu buang bayi
berleluasa..patutnya perkasakan sekolah agama tu biar budak-budak
penuh ilmu agama di dada."Lebih kurang macam tulah komen diorang.
Hello! Soal ilmu agama dalam diri tu adalah tanggungjawab sendiri
dan tanggungjawab ibu bapa. Tak semestinya u tak sekolah agama u akan
kurang ilmu agama. Isu kurangnya ilmu agama sampai berleluasa
buang bayi memang saling kaitan..tapi tak semestinya nak kena belajar
kat sekolah agama. Aku sendiri ex-sekolah sekular, tapi Alhamdullilah
fikiran yang masih waras dan teguhan iman membentuk diri dari
tak terpesong. Dan ramai lagi yang ex-sekolah sekular jauh-jauh lagi
baik dari ex-sekolah agama. Sori..no offence ye. Pada aku sebelum
komen tu fikirlah logik akal jangan main hentam je gomen. Dan
cermin diri dulu apa sumbangan ko kat negara kalau dok asyik
pertikaikan sumbangan gomen pada kerajaan. Kalau ko sendiri
nakkan sesuatu yang baik dari orang kat ko..ko sendiri kena tahu
bua investment untuk ke arah itu. COntohnya..didiklah anak-anak ko
jadi orang berguna dan berjaya kemudian..dari cara itu dapat menjana
pembangunan negara!

2. Bawa guru pakar dari luar ajar English pada cikgu-cikgu Malaysia.
Pada aku bukan ajar English. Tapi ajar cikgu teknik dan konsep macam mana nak ajar student pandai dalam Sains dan Matematik. Bahasa tu penting.
ENglish ..cikgu ENglish tu dah memang terror English. Buat
apa nak ajar dia lagi. Kalau dia tak terror dia tak akan jadi cikgu English. Dan aku rasa zaman KPLI dulu..kebanyakan graduate from overseas yang balik dan tak dapat kerja end up jadi cikgu. So dari situ
dah tentu basic English dia terror. Masa aku kat Montreal, derang
pun sedar yang language tu penting nak ajar Sc & Math. Isunya
sama je dengan kita pasal nak ajar student guna BI dalam Sc dan Math.
Guna mother tounge lagi senang nak faham. Sebab tu kuprefer
kepakaran tu digunakan dalam bagaimana menarik minat pelajar
dengan Sc & Math dan teknik pembelajaran supaya mereka mudah faham
Sc dan Math.

3. Menara tinggi
Ayarq! Ini no komenla. Kalau nak buat menara warisan...tak perlu
bangunan tinggi. Cukup sekadar gazebo ke..satu perkampungan ke.

Itu sebahagian dari pendapat aku yang mana aku fikir dengan logik
akal dan berbekalkan pengalaman yang masih cetek dan selepas
aku melihat perbandingan sistem kita dan sistem luar negara. Bukan lupa
daratan..tapi bagi aku yang mana baik tu eloklah
kita impliment dalam negara untuk manfaat orang lain. Tapi ya la
bukan senang nak ubah mentaliliti orang. Nak nak mentaliti orang
veteran. Hua!

No comments:

Post a Comment