Saturday, December 18, 2010

Mari Hidup Gaya SIhat

Saya adalah lama tidak menulis belog.
Begitu juga membaca belog. Adakalanya faktor broadband yang macam berukband menyebabkan saya hilang mood untuk melayari internet.
Begitu juga apabila keletihan melampau selepas isyak saya sudah tidur. Sekian terima kasih.
Begitulah antara faktor kenapa saya sudah lama tidak menulis belog. 

Penghujung tahun dah nak habis. Berapa hari je lagi nak masuk 2011. Phew! Cepatkan masa berlalu. Ayat klise.
Bulan 12 ni penuh dengan wedding. Setiap hujung minggu ada wedding. Lepas tu jauh-jauh belaka. Makanya balik rumah dah fatigue dan esoknya nak kerja. But i really enjoy. Tahun ni la pun nak enjoy jalan-jalan. Next year langkah tu dah kena pendek sket. Banyak benda nak kena tuju dan capai masa 2011 nanti. AKu tak ada nak specific apa pun tapi secara keseluruhannya aku sentiasa berusaha sehabis baik supaya mencapai yang terbaik dalam hidup. Kesimpulannya apa yang aku buat 2011 nanti semoga lebih baik dari 2010 tak kiralah dalam apa benda perkara sekali pun. Kan senang.....

Hari ni luggage yang aku tinggalkan masa di London dulu sampai. Weeho. Tak ingat apa barangnya. Kalau ada sebenier dari Canada haruslah hari ni aku pergi menziarahi bakal mak mertua. Hoho. Asek ditanya bila nak datang. Tetiba aku rasa nak pergi bila mana perasaan tu terbit sejak 2,3 hari ni. Agaknya Allah buka kan pintu hati aku nak pergi jumpa derang sebab sebelum ni aku banyak mengelak. Huhu. Ada satu cerita pasal mandi bunga. whoa! mak aku suruh mandi bunga sampai ke kedah. Ini idea atuk sedara aku. dang! aku dah kerut dahi dan buat muka simpati kat mak su supaya pujuk derang tak payah la bawa i mandi bunga. Tapi mak su cakap ikut sajalah. Jadi saya yang menurut perintah. Tapi sampai sekarang aku senyapkan diri diam tak berkutik. Bila derang bersuara suh pergi baru pergi. Tup tup semalam kakak mr a call aku tanya mana dia sebab mak suruh balik rumah mandi berubat. kah kah kah. nampaknya org lelaki yg kena mandi dulu. 

Aku a bit stress lately berdasarkan degupan jantung yang tak normal sangat. Walaupun aku tak rasa stress tapi hakikatnya memang aku stress bila Dr komen pasal degupan jantung aku. Aku buat ECG minggu lepas. Overall Dr kata heart beat normal. Heart rate pun normal. Blood pressure ok. May be aku stress sebab tu aku rasa degupan jantung aku tak ok. Alhamdullilah this week dah back to the normal. Entah lah..rasa mcm idak la stress..aku chill je walaupun bila kat opis tu macam hape je kisahnya. 

Okay la u guys. Mari jalani gaya hidup yg sihat yer. Dan all the best utk year 2011. Sama-sama lah kita berdoa semoga menjadi yang terbaik dan lebih baik. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment