Wednesday, December 29, 2010

Saya

Saya sedang 'stuck' dengan mesin Virtual Box VM yang dipasang pada cik apple.
Semalam saya rasa bahagia sekali kerana saya berjaya menyelesaikan masalah mesin Virtual Box VM yang gagal
dipasang pada cik apple. Masalah itu saya simpan cukup lama. Saya fikir sudah selesai. Rupanya tidak apabila saya gagal melakukan penukaran fail dari Macintosh kepada Centos. Sudah puas bertanya pada Pakcik Google. Namun saya tidak menemui jawapan yang membawa kepada penyelesaian masalah. Saya sudah penat. Sekali lagi saya 'stuck'. Saya benci 'stuck' dalam penyelidikan. Namun apakah daya kerana saya insan lemah yang pengetahuan saya terbatas.Nampaknya saya perlu buat panggilan kecemasan kepada kawan saya.


Hari ini saya mahu pulang awal tepat jam 5. Saya mahu sapu lantai bilik yang sudah 2 hari tidak bersapu. Kemudian mandi awal dan terus capai novel. Dan saya pun baring seenak-enaknya di atas katil.
Oh ya. Saya juga sudah lama tidak menulis dalam Bahasa Melayu yang baik.

No comments:

Post a Comment