Sunday, March 20, 2011

Entah apa

Minggu lepas ada baca artikel tulisan pensyarah uiam tentang politik akedamik.
Tapi di sini aku bukan nak sentuh pasal tu.
Aku cuma terkesan dengan sebahagian dari coretannya tentang dunia penyelidikan.
Aku tak ingat ayat penuh dia tapi apa yang kutulis ni adalah maksud yang beliau cuba sampaikan. Katanya " penyelidikan memerlukan tumpuan yang tinggi, kerjanya 24 jam tanpa gangguan. menyelidik dan menulis. tetapi di Malaysia pensyarah sering dibebani dengan tugas pentadbiran yang ada kalanya mengambil sebahagian penuh bidang tugas utama.
Well, how to say hah. Itulah senario dunia penyelidikan di Malaysia ni. Walau pun aku bukan pensyarah tetapi penyelidik, hakikatnya bidang tugas lebih kurang sama. Cuma bezanya kami tak mengajar tetapi setiap hasil penyelidikan wajib ada end product yakni sumbangan untuk komuniti. Penyelidikan di akedamik lebih kepada fundamental studies. Tak ada end product tak apa asalkan ada new knowledge based. Tapi sekarang ni kerajaan pun dah letakkan sasaran yang pihak universiti pun patut hasilkan end product bukan setakat fundamental study. DI sini bukan aku nak bandingkan kerja tugas penyelidik dan pensyarah. Sebenarnya nak menyatakan yang penyelidikan ni perlu fokus dan tiada gangguan.Bukan mudah nak fikirkan idea yang ada novelity dan give impact to community. Macam aku balik rumah walaupun aku ada cita-cita nak buat kerja di rumah..tapi otak aku ni terus shut down fikir kerja bila masuk bilik. So malam tu aku draft idea untuk apa yang aku perlu trouble shoot dalam minggu tu. Maknanya aku masuk ofis memang buat kerja terus bukan masa untuk fikir solution atau draw idea cos benda tu semua dah fikir dan ada dalam otak masa malam tadi.
Bukan setakat menyelidik tapi menulis. Bak kata Kak Ida, satu hari kurung dalam bilik menulis je kerjanya. Non stop. Ini terjadi bila kita nak publish paper untuk journal. Tapi itulah kadang-kadang tugas pentadbiran tu ambil portion yang besar. Kitalah RO yang nak kena tengok bocor, beli itu dan beli ini. Haish la. Itu satu contoh. Kalau di luar negaa tugas pentadbiran ni bergilir. Bukan orang yang sama. Jadi itu taklah jadi tesis student ambil masa yang lama sangat untuk disemak :p
Travelling. Yup, being a researcher has advantages go here and there. Tapi tengok jugalah kalau jenis laki yang bagi travel jejauh adalah peluang. Tapi macam di biotek ni ramai laki akak-akak ni tak bagi isteri derang travel yang lama dan jauh. So orang single memang selalu lah jadi pilihan. Aku awal lagi dah tanya mr a ok ke tak kalau aku dapat arahan untuk travel jauh dan lama. Jawapannya terpaksa la bagi kalau tak macam mana kerja u nak jalan. EHem...terpaksa tu. Ye lah sekarang bolehlah katakan..esok dah kahwin ada anak sorang dua..mulalah berbelah bagi nak travel. Tapi pada aku seboleh-bolehnya aku tak nak ada distraction for me to build up myself in career. Itu tak bermakna aku pentingkan diri sendiri. Tapi pada aku apa yang aku buat ni for our own good juga. I mean untuk kebahagian family. Thus, sokongan family esp husband sangat-sangatlah diperlukan. Ayat tak hingat. Senang je ko cakap eh. Haha. Takpe we'll see how's thing will be. 
Macam mana dia suruh aku faham kerja dia , macam tu jugalah aku nak dia faham bidang tugas aku macam mana. Bukan counter back maa. Tapi itule give and take.
 

No comments:

Post a Comment