i was so relieved today. on leave and went to KLIBF.
pergi masa hari bekerja adalah tenang dan teratur.
itu tidak bererti daku ponteng kerja. tapi ambil cuti rehat sebabnya bila direnung-renung balik cuti tahun ini yang sebanyak 25 hari itu belum kusentuh. sedangkan sekarang hampir menginjak bulan Mei. kuat bekerjakah aku sehingga cutiku masih banyak berbaki? eceh.
seperti biasa acara tahunan ini tidak akan kulepaskan.
semacam wajib pula dalam hidup aku.
sebagai pencinta buku dan ilmu, aku sentiasa mencari kepelbagaian sebagai santapan minda dan rohani.
gerai itnm sangat menarik. tidak lupa jemari seni. dawama sungguh membosankan.
gerai buku rujukan ambil katalog saja sebab pesanan perlu melalui perpustakaan T_T
sempat juga membeli buku Tun M untuk dikongsi bersama mr a. Tun M tu kan idola dia.
Sibuklah suruh aku tolong belikan. Nak dia pegi beli? Kirim salam....
Sedikit pertanyaan untuk kalian...
Adakah menyumpah sesama kita itu hak manusia?
Menyumpah orang sesuka hati kerana kesalahannya.
Kalau benar orang itu bersalah, aku tak rasa patut disumpah seranah.
Manusia sekarang bila marah sudah berajakan nafsu dan bertuhankan hati.
Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi sifat amarah itu tidak boleh dikawal langsung.
Agaknya kurang membaca menjadi punca manusia hilang peradapan. Yang dibaca ialah gossip blog. Hahaha.
Ok cukup sampai di sini. Selamat malam semua. Saya ingin menatap buku-buku dan majalah-majalah yang dibeli tadi.
No comments:
Post a Comment