Friday, May 27, 2011

Macam-macam

Curi masa sikit tulis blog...


1. Hati bunga-bunga
Pagi ni buka gmail dengan hati yang bunga-bunga bila SV aku dah balas draft. Jeng jeng jeng. Tapi aku tak buka pun file attachment untuk tengok apa yang salah. Dia kata banyak salah tapi tak apa dia betulkan. Baiknyeeeeeeee. Tapi of course lah aku takkan goyang kaki biar dia betulkan. Dah habis baca email aku buat kerja ofis. pompam pompam siapkan laporan teknikal yang sengal itu. Dah siap bukalah file attachment tadi. Sekali harapanku musnah. Pasal bukan draft tesis. Rupanya draft manuskrip untuk publish kat journal. T_T Gonjeng lahai....


2. Nur Kasih
Aku tengok dengan budak-budak UM. Kak Pah tolong belikan. Overall aku puas hatilah. Tapi nak kata sedih mengalir air mata tu tak lah. Mungkin sebab aku rasa biasa-biasa je kesedihan tu. Tapi part touching aku ialah


i. bila soundtrack 'Tanpamu' berkumandang dan masa tu adengan Adam yang semput-semput sakit dan Nur mencari rezeki sebagai freelance architecture dalam keadaan dia sarat pregnant.
ii. bila Adam hilang masa cari cincin Nur lepas kemalangan di padang pasir ya habibi. Macam nak gila Nur masa tu.
Macam tulah juga perasaan aku bila ada mamat tu hilang tanpa dikesan. hiyaaaaaaaa!
iii. bila Adam tolong Nur siapkan drawing untuk client pasal Nur mengamuk drawing dia client tak suka. how i wish... tapi in your dream la..mana laki ko tahu buat analisis bio ko kan >.< takpe asalkan bagi duit selalu ok je.


3. dezahra
Tetiba dezahra keluar pattern yang aku suka. Adeh. Bulan ni juga nak servis cik swiffy. 


4. living in malaysia is expensive
Em..adalah betulnya tu. Faktornya bukan apa. Personally aku rasa kuasa membeli rakyat kita masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara lain. Lagi satu pasal kita ni suka import barang berbanding eksport. Kita bukan negara penghasil produk. Tak kisah lah tanaman ke haiwan ke jenama pakaian ke. Bila kita import barang dari luar bawa masuk malaysia, jadilah mahal. Aku bukanlah pakar ekonomi tapi itu personal opinion bila aku dah tengok sikit-sikit negara orang. Tapi kadang-kadang aku tak puas hati juga pasal ada jenama malaysia yang masih consider mahal harganya. Contoh padini tu jenama malaysia. primavera kasut. apa ke mahalnya macam +/- harga zara dengan topshop je. aku tak pakailah baju tu pasal tak berbaloi nak beli. tapi masa stay kat luar dulu aku beli. aku prefer Forever 21 dengan H&M. Pasal aku tahu kat Malaysia tak banyak pilihan. Haha. But on the top design derang memang kena dengan citarasa aku. Clarks kat mana-mana pun masih dikira mahal. Kat UK/europe murah sikit-sikit jelah. Tak adalah murah sampai ko boleh dapat 10 pound. GAP dan Banana Republic kat luar pun masih dikira mahal lagi. Eh, apa ni aku cakap pasal barang berjenama pulak. Sebenarnya tak kisahlah jenama apa pun tapi kuasa membeli di tangan anda. 
Cuma aku tak puas hati pasal harga rumah mahal sangat. Harga rumah macam harga mini cooper S. Kalau macam tu buatla mini cooper S tu jadi rumah. Haha. Last time masa jumpa J balik cuti kat sini, adalah kutanya pasal mini cooper S kawan dia. Kawan dia beli okey kat sana. Kerja as QS. Dah 4 tahun kerja beli mini cooper S. Kita kat sini????? kuikuikui. takat beli kereta jepun bolehlah. Kereta europe tu susahlah nak mencekau duit membelinya. Tak apa nanti study 5 tahun lagi kubawa balik mini cooper S. Tak kisahlah nangis kena jauh dengan laki pun .. janji dapat mini cooper S. eceh.

No comments:

Post a Comment